CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

10 Jun, 2009

Pekerja,Ibu dan Isteri..

Artikel ni aku ambik dari blog Syani dan Syani lak copy paste dari blog sape tah… yang selebihnya aku tokok tambah supaya lebih perisa berdasarkan kisah aku sbg isteri..Sesamer la baca wahai kengkawan…

Percaya atau tidak kebanyakan dari kita (aku dan anda juga) hanya meluangkan hanya 10% atau kurang dari masa anda sebagai isteri. Selebihnya adalah sebagai pekerja dan juga ibu. Baiklah , mari kita kaji tugas-tugas 3 golongan tersebut berdasarkan masa kita selama 16 jam. Kena tolak 8 jam waktu tidur (sebab aku tido awai..)

Pukul 5.30 pagi hingga 7.00 pagi - Pekerja dan Ibu
Bangun seperti biasa. Mandi, membersihkan diri, Sembahyang dan menyediakan sedikit minuman sebagai alas perut untuk diri sendiri, anak-anak dan suami (ini pun kalu sempat.kalu i rajin bang,mkn nasik goreng,kalu i malas..jawabnya makan roti dan sarikaya jelah...).
Menyiapkan anak-anak untuk bersekolah. Yang mana ada anak kecil, siapkan untuk ke nursery. Mungkin menyediakan susu,pampers kain baju untuk dibawa ke nursery. Menyiapkan diri untuk ke pejabat.

Pukul 7.00 pagi hingga 8.30 pagi - Pekerja dan ibu (Traffic condition kat KL, u know la...)
Memandu ke pejabat yang mana berkereta sendiri. Singgah di sekolah atau nursery.Drop anak. Yg anak nangis,takmo gi skolah..macam2 ada...Teruskan perjalanan ke pejabat. Yang mana pergi bekerja bersama suami dalam satu kereta, mungkin menerima leteran suami sebab lambat bersiap. Terpaksalah makeup dalam kereta, itu pun kalau sempat. Suami bising kenapa tak siap make up kat rumah. (Tak paham-paham dia ye !!)

Pukul 8.35 hingga 8.37 - Pekerja dan mungkin isteri
Sampai kat pejabat. Nasib baik dapat lah ciuman suami kat pipi kanan. Tak tau la dia ikhlas ke tidak. Punch kad dah merah la pulak.bos tak marah ok..kalu bos angin??

Pukul 9.00 hingga 6.00 petang - Pekerja
Kerja rutin seharian bermula, bekerja sebagai eksekutif, pengurus atau pekerja sokongan organisasi.

Pukul 6.00 hingga 8.00 malam - Ibu
Tunggu suami jemput di pejabat. Lambat pulak tu. Singgah kedai runcit atau pasar malam. Beli bahan nak masak. Ataupun beli bungkus. Sambil tgk tv, makan.Waktu ni juga bergegas untuk sembahyang Maghrib dulu.

Pukul 8.00 malam hingga 9.30 malam - Pekerja
Layan anak,ngemas umah atau basuh pinggan. Nak check keje skolah bebudak..bincang2 ngan bapaknya tentang kerja dan sbgnya.

Pukul 9.30 malam hingga 10.30 malam - Pekerja
Kerja rutin sebagai suri rumah bermula. Pinggan mangkuk yang di tinggalkan oleh suami dan anak-anak perlu di kemaskan. Lap meja. Sapu lebihan nasi yang tumpah atas lantai. Sesambil tu berkejar-kejaran dengan kain kotor yang yang berlambak dalam bakul. Humban dalam mesin basuh. Bersilat untuk lipat kain baju yang dah seminggu "LEPAK" sama tinggi dengan kita atas sofa. Tak sempat habis. Tinggalkan. Sidai kain baju yang dah dibasuh . Tak sempat juga. Tinggalkan.

Pukul 10.30 hingga 11.00 malam - Ibu
Melayan diri sendiri dgn baca buku. Selang seli dengan menyiapkan anak kecil untuk tidur. Tukar pampers. Basuh berak dsb. (nak pakai losyen pun tak sempat,hehhehe...)

Pukul 11.00 malam hingga 11.20 Malam - Hak kepada diri sendiri.
aduh penatnya,mental block rasanya.Nak cuci muka pun tak sempat. (Toner, moisturizer, masker tu tak pandang pun). Sembahyang Isyak. Sediakan tempat tidur. Selimut pagi tadi tak sempat kemas pun.

Pukul 11.20 malam hingga 11.45 malam. - Pekerja
Persiapan untuk kerja esok. Marah anak anak sebab lambat tidur. Suami tengok crita apa ntah,anak lak tgk CERIA. Ceh!!


Pukul 11.45 malam hingga 12.00 malam atau 12.45 malam -ISTERI
Suami teringin nak xxx. Anda sudah tidak berdaya lagi.... Kerja-kerja rumah masih banyak yang belum diselesaikan. Terpaksa fikir untuk bangun awal keesokan harinya. Suami marah kerana xxx anda dingin,lesu,hambar,tawar. Anda melayan kehendak suami anda hanya kerana tidak mahu mengecewakannya. Sedangkan anda sendiri tidak dapat menikmati "HAK ANDA SEBAGAI ISTERI". Jadilah xxx instant.

Jangan nafikan hak anda.Cuba anda hitung sendiri, berapa banyak masa anda digunakan untuk diri anda sendiri dan suami2 diluar sana..hargailah isteri anda!!!

3 komentar:

kujanviva berkata...

hai ijaaa apa kabo assalamualaikum :D apa kabar? ty sbb add kujan dlm list kujan akan add ija jugak sat nanti

SofieSofika berkata...

Yalah..penat tul jd isteri..

Norazlina Abdullah berkata...

mmg penat....tapi kugagahi jua...demi suami dan anak2....