CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

27 April, 2009

selamat datang..ahli keluarga baru...

Berita ni baru sahaja ingin dihebahkan kepada semua...

kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat datang ke dalam family kami wahai Enche' WSN579 dan terima kasih atas jasa-jasa Tuan WLY6184 yg hampir 5 tahun berbakti tanpa jemu dan rasa ingin meragam.

Sejak 1 hari sebelum Haris & Hasliza di ijab qabulkan,WLY datang dalam hidup kami,membawa kami bertandang kerumah mertua dan saat ketika Ilman dilahirkan, 2 hari selepas tu..Ilman di bawa balik ke kampung di Teluk Intan menggunakannya.

kami pasti tak lupakan kamu,wahai si hitam SE..

19 April, 2009

DJ Lemon Rosemary Chicken



heheehe...

minggu lepas,aku ada niat nak belanja staff2 aku sebab aku ada 'hajat' yg dah disempurnakan. aku order Lemon Rosemary Chicken yg dok org tergila2 tu..aku order melalui internet jer,snang dan mudah. COD plak tu...

aku tgk punyala menggiurkan ayam dia.tgk jelah gambo kat atas nih..aku order 2 ekor untuk budak2 ni...1/2 ekor aku bawak balik kg sebab aku nk tgk abah yg keseorangan sebab mak takder,mak balik jaga nenek kat kampung..

punyala asik kami mkn..dengan penuh kusyuk dan tawaduknya..tapi tokleh snap gamba mase kami tgh melantak..merbahaya u...yg boleh dipamerkan kat sini,hanya gambar ayam tu saja..

bukan nak bodek,tp mmg kenyataan.ayamnya lembut,terasa ayam,kentang dan carrotnya.
teksturnya mmg nampak halus,rasanya apatah lagi..sepupu aku kat kg pun,dia cakap,kalu dekat..dah lama aku order...

hehhehe,timer kasih pd kak dd n abg jaz yg sudi mengantor RLC ni ke opis teman yer..
husband kata mula2 tu..za,mahaila..knapa beli?
tapi,bila dia dah rasa..barulah dia kat...puas hati dgn kualitinya...

kak dd,nanti kita order lagi ya...korang tgk apa pengakhiran kepada ayam kak dd & abg jaz yg telah dikerjakan oleh kami...




15 April, 2009

Untuk ulat bulu..eh silap,ulat buku!!!

Apa yang ditunggu si pencinta buku pada April ini?

jawabnya ada 2.
1) Hari Buku dan Hakcipta Sedunia
2) Pesta Buku Antarabangsa


Berduyun- duyun masyarakat ke PWTC,tak kiralah menengok, membeli mahupun meninjau rega dan buku yg disukai..terpulang pada kita,tepuk dada,tanya selera...

anak pun sejak bln mac dah bertanya,mama..bila kita nak gi book fair mama..nak beli buku..heheheh..dasar anak pustakawan!!!

jom kita ramai2!!jgn lupa kunjungi booth PNM ya..

09 April, 2009

aku sakit kepala lagi...




Sakit kepala adalah gejala yang paling biasa di dalam kebanyakan penyakit. Adalah penting untuk mengenalpasti punca sakit kepala dan belajar untuk menanganinya, supaya sakit dapat dikurangkan. Macam aku sekarang, asik sakit kepala dan berteman dgn minyak cap kapak dan bam sentiasa. Kengkadang rasa na muntah, nak pitam pun ada..
aku rasa ni faktor keturunan la rasanya, sebab mak aku pun dulu camtu..


Jenis-jenis Sakit Kepala
1. Sakit Kepala Yang Tegang
Ia merupakan bentuk sakit kepala yang paling biasa. Ia merupakan sakit kepala yang berterusan dan yang meneruk pada waktu pagi. Sakit terhasil dari pengecutan berterusan otot-otot pada bahagian kepala dan leher yang menyebabkan rasa berat pada dan di belakang leher. Pesakit terasa seperti adanya pemberat di kepala atau pita di sekeliling kepala. Biasanya, stres dan kegelisahan dikaitkan dengan sakit kepala jenis ini. Selain daripada sakit semasa pemberian tekanan pada otot di leher, pemeriksaan-pemeriksaan lain adalah normal.

2. Migrain
Ia merupakan sakit kepala yang tenat dan yang berpanjangan sehingga 6-24 jam. Ia diklasifikasikan kepada dua jenis.
Migrain klasik - Sakit kepala dengan kehilangan selera makan, mual dan muntah, yang
didahlui oleh "aura" - kesan visual seperti pancaran petir, perasaan mencucuk dan
perubahan fikiran.

Migrain biasa - lebih kurang sama kecuali tiada kehadiran.

Migrain biasanya didapati di kalangan 5% populasi. Kebanyakan pesakit mendapat serangan pertama mereka sebelum berumur 30 tahun. Sakit kepala ini biasanya berlaku pada sebelah kepala tetapi kerap kali menyeluruh, dan berlaku kurang dari sekali dalam sebulan.

3. Sakit Kepala Berkelompok
Ia mengakibatkan sakit menikam yang tajam yang menumpu pada sebelah mata. Biasanya pesakit akan terjaga dengan sakit kepala ini dalam beberapa jam sahaja selepas tidur. Gejala-gejala seperti keluarnya air mata, kelopak mata yang melentok dan hidung berhingus mungkin juga hadir. Jangkamasa serangan adalah biasanya pendek, selama 30-90 minit.

4. Sakit Kepala Disebabkan Oleh Penyakit Yang Memberi Kesan Terhadap Salur-salur Darah.
Ini adalah disebabkan oleh kesan salur-salur darah di dalam tengkorak, misalannya pendarahan, gumpalan darah, kelemahan dan penipisan dinding pada salur-salur darah dan tekanan darah yang tinggi.

5. Peningkatan Tekanan Pada Otak
Tekanan di dalam kranium mungkin ditingkatkan oleh ketumbesaran, bengkak bernanah, keradangan selaput otak dan kecederaan dengan pembengkakkan pada otak.

6. Keradangan Pada Selaput Otak
Ia mungkin dihubungkan dengan rasa mual dan sakit atau kekakuan pada leher.

7. Sakit Kepala Selepas Dilanggar Pada Bahagian Kepala
Ini mungkin menunjukkan kerosakan yang serius seperti tengkorak yang patah atau pendarahan dalaman.

8. Penyakit Pada Tengkorak Atau Pada Rongga Tulang (Sinus)
Penyakit seperti sinusitis, tengkorak yang patah dan tumor tulang boleh menyebabkan sakit kepala.

9. Penyakit Telinga
Penyakit-penyakit telinga yang tertentu boleh menyebabkan sakit kepala.

10. Penyakit-penyakit Mata Dan Orbit
Tumor orbital dan glaukoma (peningkatan tekanan dalam mata) boleh menyebabkan sakit kepala.

11. Punca Toksik Dan Metabolik
Jangkitan dengan demam, aras gula yang rendah dalam darah dan rasa kurang senang selepas memiium arak, juga boleh menyebabkan sakit kepala.

Faktor-faktor Pencetus
v Stres
v Corak tidur yang berubah
v Alkohol
v Senaman fizikal yang bersungguh-sungguh
v Cahaya yang terang
v Kelaparan
v Makanan-makanan tertentu, contohnya wain, coklat
v Pengawet-pengawet makanan, misalannya nitrat dalam sosej
v Kesan pengunduran dari kopi (kafein)
v Ubat-ubat tertentu - runding dengan pegawai farmai anda
v Perubahan hormon, misalannya semasa haid, pengambilan pil perancang keluarga
v Persekitaran yang sesak, misalannya bilik yang berisi asap



Pengendalian
1)Mengelakkan dari faktor-faktor yang merangsangkannya
2)Ambil ubat penahan sakit yang mudah (runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi
anda).
3)Sakit kepala Sinus - Ambil ubat antihistamin atau yang melegakan penyumbatan hidung
4)Letakkan tekanan yang panas pada bahagian sinus.

Ingat untuk berjumpa dengan doktor jika sakit kepala tidak dilegai oleh penjagaan kendiri yang mudah,Sakit kepala hadir bersama demam, kekakuan pada leher, masalah penglihatan dan perubahan keperibadian ataupun jika ia berlaku selepas kecedaran di bahagian kepala serta sakit kepala yang berulang-ulang dan bertambah tenat.

Tabiat Baru
1)Belajar untuk beristirehat
2) Singkirkan stres dengan merancang aktivit-aktiviti anda terlebih dahulu dan biarkan keluarga anda membantu anda
3) Bersenam selalu dan jadilah bertenaga.
4)Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang selalu.
5)Dapatkan tidur yang tetap dan secukupnya.
6)Pakai cermin mata gelap untuk mengurangkan silau.
7)Minum air yang secukupnya, terutamanya semasa cuaca panas.
8)Jangan ambil ubat penahan sakit yang terlampau banyak.
9)Periksa mata anda dengan seorang doktor pakar.


Perubahan dalam gaya hidup boleh melegakan atau menghapuskan kebanyakan dari sakit kepala yang biasa (ini petikan dr. buku yg aku bacalah...)




Ubat sakit kepala
--------------------------------------------------------------------------------

Seorang bos masuk ke pejabat dalam keadaan sakit kepala. Seorang pekerja memerhati keadaannya, lalu bertanya, 'Kenapa bos? Nampak macam sakit sahaja?'

'Yalah Semaun, kepala aku ni sakit sangat!' kata bos.

'Dua hari lepas saya pun sakit kepala juga bos. Tapi bila balik, isteri saya peluk dan cium saya. Lepas tu, sakit kepala saya terus hilang. Saya rasa bos pun patut buat macam tu juga,' terang Semaun.

'Betul ke? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri engkau sekarang!'


MORAL: Jangan tersilap beri nasihat..