CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

03 Mac, 2009

Kenapa Boss anda garang?

disclaimer: artikel ini panjang dan mungkin membosankan anda..

Ramai orang tak suka boss. Kalau tanya dari 10, 9 orang tak suka boss. Kenapa orang tak suka boss? Menurut kajian, 90% orang tak suka boss kerana terlalu tegas (a.k.a garang).Lagi 10% tak suka pasal sebab yang lain-lain seperti boss mulut jahat, asik memerintah, pemalas, tak bertanggungjawab ( e.g : tak bela anak buah), gatal dan lain- lain.

Anda benci Boss anda?
Tunggu sehingga anda sendiri yang jadi boss dan anda mesti akan tahu sesuatu yang boss-boss anda tak mampu nak jelaskan pada anda rasionalnya. Saya dulu tak suka boss saya, tapi selepas beberapa ketika, saya kagum dengan boss saya. Kerana pada saya, nobody stupid can be a boss.

Dulu, saya kena betuikan surat/memo/kertas kerja banyak kali bawah my former bos.Tak masuk bab tatabahasa, titik,koma yg tak tentu letaknya..susunan ayat pun dia ambil kira. Tapi sekarang, sy bangga..

Tau pasai apa?Barulah sy tahu kemahiran berbahasa, tanda baca, ayat lembut bila nak minta tolong dsbnya. Saya berterima kasih kepada Pn. SKH ( hehhe..nama dirahsiakan) kerana mengajar sy byk benda. Secara peribadi, sy masih mohon bantuannya bila mana sy perlu submit proposal...kertas makluman malah draf ucapan juga.

Tapi, kat sini, sy nak tekankan, jangan harap boss anda akan menjadi kurang garang kerana setiap tahun boss anda PASTI akan berubah menjadi lebih garang.Perubahan ini berdasarkan perkembangan organisasi, penambahan tanggungan/masalah yg staff berikan dalam kepala si boss ni. Contohnya macam sy, ada 11 staff yg bawah seliaan sy. That’s mean, 11 kepala/peel yg sy kna telan. Yg dtg lambat sokmo, yg moto pancit setiap bulan, yg missing in action..pemalas dan taknak buat kerja, satu hal.Punch card ada, org takda..camna tuh? Yg baik alhamdulillah..mujur ada gak anak buah yg boleh sy harapkan.

Bila boss marah staff tak buat kerja betul2, staff akan fikir, boss ni garang sesangat, tak best la nak bekerja dgn boss garang dan tak fun langsung. Baru2 ni, ada dua mamat kat opis aku, beria2 taknak duty kaunter dgn aku..alasan aku cengee..huhuuu, suka hati kaula labu. Ujung thn,sapa yg nilai kau? Aku jugak kan?
Ada lak yg bising2, markah LNPT sikit. Huh, what do u aspect? Boss nak bg ke org yg tak layak markah tinggi?

Pada sy...sy akan bg org yg outputnya bagus,ada iltizam, rajin mencuba dan senang disuruh. Kalau staff sy tu mmg tak bleh di harap..kuat mengulo, mengata belakang dan kuat bodek..tak de guna gak.. Sy rasa sepanjang sy di PNM, sy penah bg sorang staff ni 97.5%. bila sy panggil utk bincang..dia pun tekejut..betui ka Cik Liza bg markah camni pada sy?soal dia.Jawab sy, senang jer..i think u deserve it!

Bila boss buat keputusan yang kurang popular atau menjengkelkan bagi pandangan staf. Staf akan pikir, boss aku dah gila, bodoh dan teruk sangat, bahagian boleh lingkup dan lain2 lagi. Boss pula cakap, mereka tak mungkin tahu rasional mengapa aku buat perkara itu dan ini walaupun cuba dijelaskan kerana mereka tidak mengenali organisasi ini dari hari pertama lagi dan yang paling penting sekali, aku bukan bodoh untuk buat keputusan yang boleh merobohkan segala usaha selama bertahun-tahun.
Bila boss masuk ofis dan duduk sahaja, staff fikir boss malas bekerja, taknak tolong orang lain yang tengah buat kerja lain. Boss pulak pikir, kepala aku serabut sangat macammana nak tingkatkan produktiviti, nak kurangkan aduan pelanggan dan nak naikkan mutu perkhidmatan.

Bila boss mula menjadi lebih agresif dan lebih serious berbanding tahun-tahun sebelumnya, staff selalu fikir, BOSS DAH BERUBAH. Boss dah tak macam dulu lagi, baik, pemurah, humble, dan lain2.
Bila boss berjasa kepada staff, 1/10 sahaja staff yang nampak. Selebihnya menganggap itu tanggungjawab boss. Tugas paling berat bagi bos bukanlah sebenarnya kerja yang bos buat …tapi, memenuhi nafsu/ peel serabut kakitangan yang tak pernah puas dan tak penah cukup. ..

Banyak benda yang boss buat, staff tak tahu apa rasionalnya dan boss selalu mengharapkan staff mereka sentiasa positif kerana boss TAK MUNGKIN buat benda bodoh yang boleh menjatuhkan bahagian mereka.

Boss juga tidak bodoh dan kerana itu mereka sedang menjadi boss anda. boss boss anda kebanyakannya pun macam anda juga, mereka pun makan gaji. Sama je, yg lebih tanggungjawab. Betui tak,kwn yg jadik supervisor?

Sekiranya anda rasa boss anda itu jahat, mulut busuk sbgnya…fikirkan semula. Anda tak boleh lari dari itu di mana-mana pun anda pergi. Walaubagaimanapun, jika boss anda marah, fikirkanlah apa yang dia marah….BOSS TAK MARAH PERIBADI ANDA, BOSS HANYA MARAH SIKAP ANDA TERHADAP KERJA ANDA.

Saya sebagai salah seorang boss…saya tak lari dari masalah ini. Tapi harap2 dengan penulisan saya ini, persepsi sebahagian anda akan berubah.Be positive guys, kerana boss anda tidak sebodoh yang anda sangkakan. Hakikatnya, staff takkan tahu itu sehingga mereka menjadi seorang boss (kalau ada peluang dan cukup daya tahan dan sabar). Bagaimana pun, sy terima hakikat, boss macam sy yg rajin menegur ( bkn bz body) juga orang yang paling dibenci dalam bahagian.

Apa lak pendapat anda?

12 komentar:

jenna berkata...

tak kira la bos 2 pompuan or lelaki.. yg penting cara bos 2 mesti la profesional.. tp jenna suka ngan bos jenna.. semua staff di layan mcm family.. tp tegas org nyer...

DrSam berkata...

salam,
manusia memang bermacam ragam. begitulah resam kehidupan.

ibu_uwais_ameenah berkata...

siapakah PN. SKH itu... mau tanya en. mail lah!! hehehe.. akak dh dpt en. KMN as a boss?? pening wooo!!

ayang berkata...

alhamdulillah big bos saya ok n sentiasa menjaga kebajikan staff. tapi bos yang kecik2 pulak yang terlebih bossy..

kamalnzura berkata...

Salam perkenalan dari kami..papa+mama+danish

:D

@cu SaYaNg berkata...

BOS ALWAYS RIGHT...hehehe

opss!! salam kenal ye..nie kunjungan balas.hope we can b fren..acu add link iza nie ye

berteromber berkata...

Sivaji the boss...hahaha..

Boss yg bermula dari bawah adalah berlainan dari boss yg terus masuk kerja jd boss...

Biasanya yg bermula dari bawah lebih mesra staff dan yg satu lagi tu tidak...

tetapi yg bermula dr bawah juga adalah boss yg senang dibuli oleh staff...betul tak?

oleh kerana itu...jika kita bermula dr bawah...pergaulan dgn staff perlu lah dihadkan...taraf boss itu perlu dijaga..ini skil management namanya...kerana jika terlampau rapat...susah bagi boss tersbt untuk mengeluarkan arahan dan kurang dihormati kerana dah jd macam kawan2...betul?

hmm...terpanjang la pulak..ini kunjungan balas..tq pasal singgah

izza-ibu syahmi syaqira berkata...

ermmm.. boss tetap manusia biasa.. ada kekurangn n kelebihan... begitu juge kita.. accept it as what it is... izza salu igtkan diri supaya berubah dahulu sebelum org keliling berubah... jgn ego n akui kesilapan.. itu lebih mendamaikan... drpd merasai diri 'aku betul, org salah'.. tntu hati tk tenang kan.. heheheh.. terpanjang plak komen.. btw, slm kenal juga dr izza sefamily.. :)

kakyong berkata...

salam ziarah..

begitu lah adat bila menjadi bos.. tanggungjawab byk & menyeluruh.. belum lagi tekanan.. bos jd terlebih tegas sbb nak kurangkan tekanan yg dia terima.. itu pun baru nak passing 5-10% pada staff, dah staff tak tahan.. so bukan semua org boleh jadi bos.. & tak semua staff suka bos, tp bila part nak minta naik gaji, pandai pulak nak ampu bos.., adat lah kan.. baru meriah ofis bila staff pelbagai pe'el.. hihi.. rindu plak pada xstaff..

CT@mamaLuqman berkata...

aik!! dah pindah rumah ke??

~dARlee zURiS~ berkata...

saya suka bos saya w/pun saya tak suka keje kat tempat nie
tapi..saya tak suka bila dia mencampur adukkan soal politik dan menghina bangsa kita hanya kerana dia sudah kecewa dgn parti itu.
saya rasakan dia suka bermuka2.sebab tu saya bosan.
:)

Rozita berkata...

akak suka bos akak sbb dia pun seorang pompuan. buat masa ni, tkde apa yg menyakitkan hati..
dia pun muda dr akak..