CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

31 Mac, 2009

double pregnancy??




hehheh..
tekekeh2 aku nengok gambo nih...
mmg lawok rase aku!!

harap kepada ibu2 mengandung di luar sana (kak jua, kak daradah, idamurni, kak win,ann taayah,sapa lagi weh?..beware huh!!!)
jgn biarkan hidup anda diselubungi misteri sebegini...

26 Mac, 2009

anak oh anak...




"BELAJARLAH memahami setiap tindakan anak kerana dengan cara inilah anda menggalakkan komunikasi yang lebih baik."

KITA sering mendengar resolusi tahun baru kebanyakan orang adalah untuk berhenti merokok, lebihkan senaman atau mengubah tabiat pemakanan. Mungkinkah terdapat teknik mendidik anak yang perlu kita tukar? Ataupun terdapat tabiat anak kita yang perlu diubah?Aduh, pening juga kepala ni...
Berikut adalah sesetengah resolusi mendidik anak yang mungkin boleh kita dipertimbangkan.

Jadikan contoh
Kebanyakan ibu bapa tidak sedar akan pengaruh mereka terhadap anak-anak. Anak biasanya cenderung terpengaruh dengan tabiat merokok, pengamalan diet yang tidak sihat, tidak memakai topi keledar dan sebagainya jika salah seorang daripada ibu bapa mempunyai tabiat buruk.
Ibu bapa perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah pengurusan emosi.

Mendisiplinkan anak
Belajar mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak. Mendidik mereka kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah salah satu contohnya.
Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama. Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka jangan segan mendapatkan bantuan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua anak.
Didikan adalah sebahagian besar daripada disiplin. Jika anak melenting, mengehadkannya daripada menikmati pelbagai keistimewaan contohnya menonton tv mungkin satu tindakan yang wajar.
Tetapi, si anak tidak mungkin belajar atau tahu apa yang betul sehinggalah anda menunjukkan kepadanya. Luangkan masa untuk menerangkan perilaku yang betul kepada anak.

Memahami anak
Adakah anda memahami perkara yang dilakukan oleh anak? Mengapa anak kecil memandang anda dan sejurus selepas itu memukul abangnya atau melontarkan sesuatu ke atas lantai? Tidakkah dia tahu itu sesuatu yang salah?
Dia mungkin tahu tetapi tidak bermakna apa yang dilakukan itu jahat. Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak berada dalam kedudukan menerokai had mereka. Inilah satu proses normal dan merupakan sebahagian daripada perkembangan semula jadi. Jika anda berusaha memahami rasional anak, boleh jadi kemarahan dan reaksi anda tidaklah seteruk yang disangkakan.
Sebahagian besar ibu bapa telah mengukuhkan perilaku buruk anak tanpa disedari. Keadaan ini boleh berlaku apabila anak disalurkan dengan pelbagai perhatian negatif dan tidak konsisten. Sekiranya anda masih tidak dapat memahami mengapa anak bertindak sedemikian, maka ini mungkin bermakna teknik mendisiplinkan anak anda itu tidak berkesan.

Pemakanan sihat
Dewasa ini kebanyakan ibu bapa dilihat cenderung memanjakan anak. Malah, mereka juga terlupa meminta anak membasuh pinggan mangkuk setiap kali selepas makan. Sepatutnya, anak perlu belajar menghabiskan makanan agar tidak meninggalkan separuh daripada sajian tersebut di dalam pinggan.
Jika anda sentiasa membiarkan lebihan makanan berada dalam pinggan secara konsisten, tabiat ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda mungkin boleh memberikan hidangan kecil kepada anak bagi melatihnya menghabiskan semua makanan. Sediakan juga pilihan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, daging dan produk tenusu rendah lemak. Hadkan pengambilan minuman bersoda, tinggi gula dan makanan kaya lemak dalam diet pemakanan anak anda.

Aktiviti fizikal
Bilangan kanak-kanak dan anak remaja yang obes kian bertambah. Menghabiskan masa berjam-jam di depan televisyen, bermain permainan video dan komputer adalah antara puncanya. Jadi, selain pengamalan diet yang seimbang, pastikan anak diberi masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal secara kerap untuk kekal sihat dan cergas.
Berkomunikasi secara efektif
Adakah anda tahu bagaimana berinteraksi dengan anak? Apakah yang akan anda lakukan apabila anak bermasalah? Belajar berkomunikasi dengan anak jelas merupakan satu kemahiran penting.
Sebenarnya terdapat banyak perkara yang boleh dibincangkan bersama anak. Misalnya, pendidikan seks, bahaya merokok dan penyalahgunaan dadah serta alkohol.

Sentiasa bersedia
Apakah yang akan anda lakukan pada kali pertama berdepan dengan masalah didikan anak yang spesifik? Misalnya, ketika anak bercakap bohong, mencuri atau ponteng sekolah? Anda mungkin tidak bersedia untuk setiap situasi tetapi perancangan awal mungkin dapat membantu.
Membuat perancangan awal juga boleh membantu anda berdepan dengan anak-anak yang sukar dikawal.

p/s: Apa kata tahun ni kita mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?

24 Mac, 2009

Mali Corner dan Earth Hour

hee hehehe...
semalam aku abis jer PTK, aku balik awai..(tak la awai sebenonya..jam 2.30ptg)sebab kunun2 nak baca buku utk exam khusus lak hari ni.

hari cam nak ujan,sedap gak tido nih..aku pun bantai zzz sampai nak dekat2 haris dan ilman balik sekolah.balik je derang, aku gorengkan kopok getey (lekor) utk 2 beranak ni..erm, habis!!!

pikir punya pikir,nak mkn apa mlm kang?aku suggest pada haris g makan kat mali corner since aku pnah tgk dalam warung kita di ASTRO. tiga beranak ni sesat barat wp dah pnah pegi tmn bunga raya dulu.

dah jumpa, haris cakap nak mkn nasik,aku lak mmg target nak mkn char kuew tiaw (CKT). Mujur bebaris tak panjang, maybe sebab awal lagi but parking mmg jauhla..menapakla kitaorg.

aku rasa CKT kat sini biasa jer, yg membuatnya sedap adalah kuahnya.tak pedas sgt...manis..ilman pun mkn rilex ajer..tp habisla 3 gelas air ais utk kami..haris tak habis,aku pun sama.nasik lemak dia nampak sedap gak..ayam cam ayam berempah gitu..tak pasti aku..






alhamdulillah, dah kenyang.kami pun balik..sampai dekat2 area umah, aku tgk kawasan pasar basah gelap.aku tanya kat haris..bang, dah earth hour awai ka?heheheheh...



ces, rupa2 nya melur, mawar dan rumah DBKL pun semua takdak api.orkid aku tak tau ada ka tak...geram jer, mujur lift ada..kalu tak,menapakla kami ke tingkat 19 tu..

ilman tido pakai pampers jer..panas kata dia..aku rilex while haris kipaskan ilman.

nota kaki: aku ada alasan apsal tak baca buku...
sebab takdak letrik!!!

20 Mac, 2009

Keberkesanan Sistem Penyampaian Kerajaan

aku ingin memulakan bebelan aku pagi ini dengan memetik kata-kata Persius dalam bahasa Latin "Sicre tuum nihil est nise te sicre hoc sciat alter", yang boleh diterjemah sebagai, "ilmu pengetahuan anda tidak bermakna jika tidak ada orang yang mengetahuinya"...

Ceritanya begini, semalam aku off kerana kononnya ingin membaca buku utk PTK isnin dan selasa nih. Ntah apala masalahnya, aku terasa amat malas dan mengantuk teramat sgt dan tertido.

Asik sgt tetido,tiba2 kesedapan dan kenyamanan tido sy terganggu. Pn. Mariam dr Bahagian Kuaters Perumahan Kerajaan call.aku yg mamai ni,terbangang2 nak menjawab.Ini antara petikan perbualan kami:

JPM : hello..pn nor...norasliza ada?

me : sy norhasliza bkn norasliza

JPM : ya..ya..yg tulah.sy nak tanya, pn masih berminat utk mendiami kuarters
kerajaan?

me : hem (tanpa berpikir panjang..) takmau.mintak maapla.u tau dah berapa thn sy buat application tu?

JPM : 2004 pn

me : ha,tau pun. 5 thn lepas tau..punyala lama..dr sy br kawin, smpaila dah nk dapat anak 3 tau...sy dah beli rumah pun..bla..bla..bla....

JPM : oklah pn..terima kasih.

aku juz wonder, takkan mohon kuaters tu, smpai 5 thn br dapat..at least once i anta application, u tros bg feedback..by 1 year,bg lagi...nak harap aku tipon, thn pertama aku tiponla jawabnya tunggu que..thn kedua,jgn harap aku nak follow up lagi..
malas...kalu ikut prosedur,JPm bleh batalkan application aku tau..sebab dah 5 thn..

ni yg aku dapat masa bukak JPm punya website:
PERKHIDMATAN UTAMA
Permohonan, Pengagihan dan Penawaran Kuarters

PIAGAM PELANGGAN
Permohonan, pengagihan dan penawaran kuarters diurus dalam masa 7 hari.


nota kaki: aku tertawa sendiri kerna aku fed up dgn perkhidmatan yg efisien begini...

15 Mac, 2009

take it or leave it ?

03 Mac, 2009

Kenapa Boss anda garang?

disclaimer: artikel ini panjang dan mungkin membosankan anda..

Ramai orang tak suka boss. Kalau tanya dari 10, 9 orang tak suka boss. Kenapa orang tak suka boss? Menurut kajian, 90% orang tak suka boss kerana terlalu tegas (a.k.a garang).Lagi 10% tak suka pasal sebab yang lain-lain seperti boss mulut jahat, asik memerintah, pemalas, tak bertanggungjawab ( e.g : tak bela anak buah), gatal dan lain- lain.

Anda benci Boss anda?
Tunggu sehingga anda sendiri yang jadi boss dan anda mesti akan tahu sesuatu yang boss-boss anda tak mampu nak jelaskan pada anda rasionalnya. Saya dulu tak suka boss saya, tapi selepas beberapa ketika, saya kagum dengan boss saya. Kerana pada saya, nobody stupid can be a boss.

Dulu, saya kena betuikan surat/memo/kertas kerja banyak kali bawah my former bos.Tak masuk bab tatabahasa, titik,koma yg tak tentu letaknya..susunan ayat pun dia ambil kira. Tapi sekarang, sy bangga..

Tau pasai apa?Barulah sy tahu kemahiran berbahasa, tanda baca, ayat lembut bila nak minta tolong dsbnya. Saya berterima kasih kepada Pn. SKH ( hehhe..nama dirahsiakan) kerana mengajar sy byk benda. Secara peribadi, sy masih mohon bantuannya bila mana sy perlu submit proposal...kertas makluman malah draf ucapan juga.

Tapi, kat sini, sy nak tekankan, jangan harap boss anda akan menjadi kurang garang kerana setiap tahun boss anda PASTI akan berubah menjadi lebih garang.Perubahan ini berdasarkan perkembangan organisasi, penambahan tanggungan/masalah yg staff berikan dalam kepala si boss ni. Contohnya macam sy, ada 11 staff yg bawah seliaan sy. That’s mean, 11 kepala/peel yg sy kna telan. Yg dtg lambat sokmo, yg moto pancit setiap bulan, yg missing in action..pemalas dan taknak buat kerja, satu hal.Punch card ada, org takda..camna tuh? Yg baik alhamdulillah..mujur ada gak anak buah yg boleh sy harapkan.

Bila boss marah staff tak buat kerja betul2, staff akan fikir, boss ni garang sesangat, tak best la nak bekerja dgn boss garang dan tak fun langsung. Baru2 ni, ada dua mamat kat opis aku, beria2 taknak duty kaunter dgn aku..alasan aku cengee..huhuuu, suka hati kaula labu. Ujung thn,sapa yg nilai kau? Aku jugak kan?
Ada lak yg bising2, markah LNPT sikit. Huh, what do u aspect? Boss nak bg ke org yg tak layak markah tinggi?

Pada sy...sy akan bg org yg outputnya bagus,ada iltizam, rajin mencuba dan senang disuruh. Kalau staff sy tu mmg tak bleh di harap..kuat mengulo, mengata belakang dan kuat bodek..tak de guna gak.. Sy rasa sepanjang sy di PNM, sy penah bg sorang staff ni 97.5%. bila sy panggil utk bincang..dia pun tekejut..betui ka Cik Liza bg markah camni pada sy?soal dia.Jawab sy, senang jer..i think u deserve it!

Bila boss buat keputusan yang kurang popular atau menjengkelkan bagi pandangan staf. Staf akan pikir, boss aku dah gila, bodoh dan teruk sangat, bahagian boleh lingkup dan lain2 lagi. Boss pula cakap, mereka tak mungkin tahu rasional mengapa aku buat perkara itu dan ini walaupun cuba dijelaskan kerana mereka tidak mengenali organisasi ini dari hari pertama lagi dan yang paling penting sekali, aku bukan bodoh untuk buat keputusan yang boleh merobohkan segala usaha selama bertahun-tahun.
Bila boss masuk ofis dan duduk sahaja, staff fikir boss malas bekerja, taknak tolong orang lain yang tengah buat kerja lain. Boss pulak pikir, kepala aku serabut sangat macammana nak tingkatkan produktiviti, nak kurangkan aduan pelanggan dan nak naikkan mutu perkhidmatan.

Bila boss mula menjadi lebih agresif dan lebih serious berbanding tahun-tahun sebelumnya, staff selalu fikir, BOSS DAH BERUBAH. Boss dah tak macam dulu lagi, baik, pemurah, humble, dan lain2.
Bila boss berjasa kepada staff, 1/10 sahaja staff yang nampak. Selebihnya menganggap itu tanggungjawab boss. Tugas paling berat bagi bos bukanlah sebenarnya kerja yang bos buat …tapi, memenuhi nafsu/ peel serabut kakitangan yang tak pernah puas dan tak penah cukup. ..

Banyak benda yang boss buat, staff tak tahu apa rasionalnya dan boss selalu mengharapkan staff mereka sentiasa positif kerana boss TAK MUNGKIN buat benda bodoh yang boleh menjatuhkan bahagian mereka.

Boss juga tidak bodoh dan kerana itu mereka sedang menjadi boss anda. boss boss anda kebanyakannya pun macam anda juga, mereka pun makan gaji. Sama je, yg lebih tanggungjawab. Betui tak,kwn yg jadik supervisor?

Sekiranya anda rasa boss anda itu jahat, mulut busuk sbgnya…fikirkan semula. Anda tak boleh lari dari itu di mana-mana pun anda pergi. Walaubagaimanapun, jika boss anda marah, fikirkanlah apa yang dia marah….BOSS TAK MARAH PERIBADI ANDA, BOSS HANYA MARAH SIKAP ANDA TERHADAP KERJA ANDA.

Saya sebagai salah seorang boss…saya tak lari dari masalah ini. Tapi harap2 dengan penulisan saya ini, persepsi sebahagian anda akan berubah.Be positive guys, kerana boss anda tidak sebodoh yang anda sangkakan. Hakikatnya, staff takkan tahu itu sehingga mereka menjadi seorang boss (kalau ada peluang dan cukup daya tahan dan sabar). Bagaimana pun, sy terima hakikat, boss macam sy yg rajin menegur ( bkn bz body) juga orang yang paling dibenci dalam bahagian.

Apa lak pendapat anda?