CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

20 Januari, 2009

Gambar lama

Aku tak pernah segembira ini.
Aku terima satu gambar penuh nostalgia dari pak sedara aku:
(http://www.kakiayam.co.nr) yang mengirimkan gambar di bawah.

Sejujurnya,sebelum ni,aku tak pernah tgk gambar ni. Aku pikir mungkin diambil ketika usia aku dalam 5@6 taun kot.Mase kecik2,aku suka balik umah tokwan di Titi Serong.
hehe...

15 Januari, 2009

siakap tiga rasa


* gambar dicilok dari http://hanieliza.fotopages.com

Minggu lepas,hari Jumaat,balik dari Sogo sale:aku,Haris n Ilman yang bosan makan dirumah sebab tak tau nak masak dan bosan nak makan mende2 biasa mengambil keputusan untuk makan diluar.

Kami sepakat nak makan ikan siakap tiga rasa.Kunun2,nak carik kelainan la..so kami amik keputusan nak gi makan kat Keramat.Actually,kami mmg selalu makan kat sana terutama ketika aku kna duty weekend dan balik jam 7.00 pm.Penat..dan MALAS!!

Nak dijadikan cerita,kami tunggu order punyala lama.nak dekat sejam aku rasa..perut ni,mmg dah lapar..siap menyanyi2 lagi.Ilman mmg dah komplen2.."mama!perut ilman dah lapo sangat ni..makan lambat nanti lg sakit perut..."

Setelah kami menunggu dgn penuh sabarnya,maka dihidangkan menu spt yg kami
minta.alhamdulillah.siakap,tomyam,telo dadar,air tembikai n teh o serta air suam menanti untuk di ngap!!!okeh,siap mkn..bil sampai..RM26.Haris bayo dan aku buat dek jer..hehhehe..sayaaaaang Abang!!

Semalam,tekak kami minta diisi dgn siakap tiga rasa lagi,sebab malas nak ke keramat.kami beli area rumah..Bndr Br Sentul..bila nak bayar je,tokeh tu bgtau RM25untuk ikan ni saja..humang aiii..bepoloh den..saiz sama kecik..hanya presentation je lain sebab kedai lain...huhuhu,melayang RM aku..sebab kali ni,aku kna bayar lak..

bang,minggu ni,bior la i masak siakap ni sendiri.kita makan puas2..i masak lagi sedap bang.
percayalah!!!

08 Januari, 2009

Been tagged by Kay

Tag 1
Rules:
Snap workstation anda..




heheh..nilah partition aku kat Wisma Sejarah.org kata besar..hah?entahlah.aku rase biase jer.gred 41 kalu tmpt lain,siap ada bilik luas lagi..huhuhuuu...

nampak tak signage beso depan pc aku? TOLONG JANGAN GANGGU - sebenonya aku gunakan itu setiap kali aku memeriksa kertas PTK kat jabatan.ala2 taknak org masukla..boleh?



Tag ke-2

1)Do you think you'r hot?
Yes,i'm...

2)Upload ur favourite picture of you















3)Why do you like that picture?
Sbb gambar ni telah diedit dek Haris.Lengkap dgn lagu yg kononnya ditujukan untuk aku..

4)When was the last time u ate pizza?
Hmm.. last 2 weeks kot..itupun beli kat pasar malam Dato Senu,ok tak?

5)The last song u listened to
M. Nasir - mustika.

6)What r u doing right now besides this
Keje.kena finish up my LPP for 2008. hahaha!!!

7)What name would you prefer besides your?
hmm..yg ni takde pulak pernah terfikir. alhamdulillah je sbb tak pernah rasa tak puas hati dgn nama sekarang.

8)Who is no 1
Encek Haris, my beloved husband.

9)Number 3 is having a relationship with
Yellek.

10)Say something about number 5
Yellek poocit.

11)How about number 4
also yellek.

12)Who is number 2
My parents and Ilman,my bucuk macam!!

People I tag..
Sesapa yg rajin nak buat..mostly bloggers lain semua dah buat...ye dak?

Sekian dulu, terima kasih.

05 Januari, 2009

Salah dengo atau salah faham?



Disatu tengahari yg berlangit mendung.Ketiak pun dah basah sebab baru balik shopping.

tempat kejadian: parking bay,Melur Aprtment.
pelakon : Ilman,babah n mama.


mama - bang, bukak bonet..
ilman - mama,tak baik panggil babah monyet la...
mama - mana ada mama cakap babah cenggitu.apala ilman ni...
babah - ???

bukan kan bonet dan monyet jauh bezanya..
adus...(sambil menepuk dahi!!!)