CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

20 November, 2009

akhirnya....

Alhamdulillah,aku telah selamat melahirkan seorang puteri,
Khalisah Nur Ilhani binti Haris pada 16 Nov. 2009 (Isnin)jam 1.31 petang@ Hospital Teluk Intan dgn berat 2.46kg.

insyaallah,aku berpantang di kampung dgn jayanya.

gambar akan diupload kemudian ya..lambat beno nak nunggunya...

13 November, 2009

gaya juara dunia

hehhe...
sebelum aku bercuti,layanlah gambar ahli KMK PNM yg berjaya menjadi johan dan mewakili PNM ke pertandingan KMK peringkat kementerian..


dengan tajuk....

kesukaran mengesan bahan monograf di rak terbuka Malaysiana melalui pencarian dari OPAC.




08 November, 2009

detik menghitung hari...

sedar tak sedar,udah nak masuk 38w aku dan usia kandungan ni..
macam2 dugaan,pengalaman dan rintangan yg adakalanya mmg menguji kesabaran,ketabahan serta keimanan kita sebagai manusia..

kali ni,aku rasa sedikit messy mengatur schedule sebab kna sesuaikan appointment HKL dan klinik..kengkadang,dlm 1 hari,2,2 tempat aku kna gi..tu tak masuk appointment keloid aku,klinik plastic surgery...ohhh...

aku akan mula bercuti bermula 13hb hinggalah ke tarikh edd aku pada 24/25hb sebelum raya tu..dan,yg paling pasti,aku tak mungkin bisa menikmati sup daging,sup ekor,lemang,lemang dan sebagainya sewaktu berpantang...

disaat2 begini,aku sering mohon agar dipermudahkan segala2nya.harapan aku juga, moga kami (ibu & bakal anak) dikurniakan kesejahteraan dan kesihatan utk menempuh hari2 mendatang.

kepada kawan2,aku menyusun 10 jari..mohon ampun dan maap sekiranya ada perkataan dan perbuatan yg telah menyinggung persaan kalian sewaktu kita bersama,tak kiralah sama ada aku sedari ataupun tak..

09 Oktober, 2009

gambo terbaru aku

heheh..tak sangka,udah nak masuk 9 bulan kandungan aku rupanya...
teng..teng..teng..
presenting myself!!!


04 Oktober, 2009

entry raya...

hehhehe..
sibuk nya...
balik2 opis,kerja mmg menimbun,sama juga dgn invitation utk open house.

mana yg sempat kami pegi,memandangkan di usia kandungan 8 bulan aku masih duty kaunter utk weekend.mmg tak larat tapi apa nak buat kan..

tgk jelah gambo mase raya kami yg tak seberapa.mak buyung sangat malas nk inteprem dan snap bebanyak photo.



03 September, 2009

update gambo kek besday



kawan2,
kek coklat yg sedap giles..jgn lupa klik kat:
http://kekcoklat-naz.blogspot.com

27 Ogos, 2009

Haris@30y


Esok,28 Ogos 2009..genap 30 tahun ulangtahun kelahiran husband aku.kek yg ditempah blom sampai so nanti bila dah ada aku snap gambonya.
Abang,dengan penuh rasa kasih sayang: saya, Ilman dan baby tecik mengucapkan selamat panjang umur, murah rezki dan moga ditetapkan iman selalu.kita celebrate kat kampungkan?heheheh...

21 Ogos, 2009

Moga bahagia milik kita...


Alhamdulilah! Itulah ungkapan terindah bila mana hari ni 21 Ogos 2009,genap 10 thn kami berkenalan seterusnya membina ikatan kekeluargaan bersama.
ni antara yg aku ingat kenangan2 indah kami berdua:
declare berkawan: 21/8/1998
bertunang : 21/8/2003
nikah : 23/7/2004
kenduri : 21 & 22/8/2004

biasanya setiap 21hb 8 ni,kami akan bercuti..ala2 meraikan anniversary gitu..udah 10 thn kita kenal yer bang...lama gak tu..thn ni ada hadiah utk saya?thn lepas dapat cincin lazo diamond..thn ni???huhuuu...croc saya amacam bang?bleh?claim abg kan banyak??????????
thn ni nampaknya 2,2 sibuk..tak dapekla nk cuti..kita celebrate masa nak sahur nanti,boleh?

Abang,
thanks a lot sebab you filled my days with love!

11 Ogos, 2009

"Sweet Moments Baby Love 1st Give Away Contest"

Akukan sekarang macam addicted to contest..ntah,semua contest aku nak cuba nasib..
boleh cuba kat:
http://4love-diamond.blogspot.com/2009/08/sweet-moments-baby-love-1st-give-away.html

jadi,aku dengan bangganya mempersembahkan:
nama anda & pasangan : Idza & Haris
nama baby & umur: Muhammad Zidni Ilman b. Haris(4y ++)
bila foto nie diambil & di mana: ntah tak ingat bila amik gambo ni tp umah sepupu kat manjung,perak.
kenapa pilih foto nie erk: nilah 1st time kami dapat anugerah "double prosperity". anak kembar lelaki dalam keluarga.satu family rase teruja tambahan lak nak menimang anak sedara baru.kembo ni mmg mengujakan sebab muka depa seiras tp dilahirkan di kuching tp dibawak balik berpantang kat cni.


bila foto nie diambil & di mana: ntah tak ingat bila amik gambo ni tapi ni scenery depan umah abah masa kami nak balik KL
kenapa pilih foto nie erk: hehhe..suka banget gambo generasi pertama dan ke emapt bersama.Ilman sgt baik dgn toknek dia (nenek i lah tu..).paling best,aku syg 2,2 insan yg bermata sepet nih..nenek aku kata, bertuah sebab cicit dia ni mmg sgt caring n loving dgn dia..


bila foto nie diambil & di mana: 17 may 2005. diambil kat umah mentua aku kat TI.
kenapa pilih foto nie erk: aku rasa gambo ni mmg spesel.mana taknya,haris dgn selamba menidokan anaknya yg br 2 hari lahir atas lengannya..tup,tup..dia sendiri pun tertido..hai,babah!!babah!!nilah saat manis bagi haris,bila adapat anak pertama tambahan pula ilman cucu sulung 2,2 belah pihak..


bila foto nie diambil & di mana: 4 august 2008..sempena dinner besday aku direstoren cerita ezora kat W.maju
kenapa pilih foto nie erk: oh..aku suka gambo ni..nampak sweet sebenonya..anak aku kata org byk ikut muka aku masa aku kecik..sebijik kata deme.aku pun rase camtu..aku rase bertuah sgt dapat anak yg baik dan sihat macam Ilman.


bila foto nie diambil & di mana: aku tak ingat bila aku amik gambo ni tp lokasinya kat umah aku sendiri kat KL (sebenonya,aku mengetest camera baru)
kenapa pilih foto nie erk: oh..aku suka gambo ni..nampak sweet jugak.kombinasi anak dan babah yg mmg kamceng giles mengalahkan kawan baik.mmg very sweet moment kata aku bila tgk gambo 2 insan tersayang nih..

07 Ogos, 2009

CONTEST BAJU RAYA SEDONDON

SYARAT2nya:
1.Jadilah follower iburikazz dan add iburikazz di bloglist anda.UDAH
2.Buat satu entry tentang CONTEST BAJU RAYA SEDONDON dan buat link ke entry ini.UDAH
http://is3riziburikazz.blogspot.com/2009/08/contest-baju-raya-sedondon.html
3. Upload lah Gambar anda dan pasangan berbaju sedondon.UDAH
4. Nyatakan nama anda dan pasangan, tahun aidilfitri anda bergambar sedondon tu dan tema baju raya tahun ini.UDAH
4. Tinggalkan link anda.UDAH JUGER!
5.Sila tinggalkan sekurang2nya satu komen di mana mana entry yang anda baca selain entry contest ni...Buat syarat..UDAH..

ok..sungguh teruja kan?inilah dia gambar kami berpakaian sedondon yang paling saya suka..

Nama saya : NORHASLIZA HJ. MOHD RAZALI
Nama suami : HARIS AHMED SIAM
Tema baju raya tahun lepas 2008 : MAROON
Tema baju raya tahun ini 2009: UNGU


iburikazz,
kalau ikutkan sejak awal kami kahwin lagi (2004),husband dah suka & suruh pakai
sedondon..dan tetiap kali itulah kami akan tangkap gambar sebagai kenangan dan diframekan dirumah.nantilah kalu ader mase,aku publishkan semua gambo yg berdondon2 tu..pada aku,cuma unik gambar yg maroon ni..mmg nostalgic habis..yelah..sebab..
.
.
.
.
.


3,3 mahkluk Allah ni,sebenarnya,belum mandi lagi..huhuuuu!!!

05 Ogos, 2009

birthday galore..

On the 4th of august 2009, i celebrated my 30th birthday. rasanya,I had undergone plenty of valuable experiences in my life,thats make me strong now..ewah..

my husband & i go to mid valley for makan2 and shopping. Haha.. I’m really-really happy..yolah,dapat adiah kasut HP tu..ok apa..tak dapek crocs pun takpa bang..saiz takder nak buat camna..i luv u so much!!!lagi best, I did not even want to bake, and even wanna buy any cake, coz really tak larat nak hadap kek especially secret recipe tu.

i’m really glad that they all can still remember my birthday and spare some of their precious time..really really touched to everyone,tak kiralah those who sms and wish me happy birthday..
once again..
THANK YOU SO MUCH!! I LOVE U ALL SO MUCH.
Enjoy the pictures!

BAJU UNTUK ILMAN


BAJU UNTUK ADIK BABY


WALLET BABAH


KASUT MAMA


KASUT KERJA BABAH


p/s: Aku bersyukur atas semua nikmat dari Tuhan.Moga dapat lagi menghirup udara nyamanNya lagi untuk hari seterusnya.

14 Julai, 2009

JAUH ITU DEKAT...

Saya yang mentel (org jawa saja yg tahu...) selalu bertanya pada husband,
abang sayang saya tak?
suami plak..kalu depan anak,dalam telefon..dia selalu berdalih..seolah malu menyatakan 'kecintaannya' kepada saya
u rasa?
abang..jawabla..sayanggg saya ke takkkkkkkk?
erm.. jawab dia

pertanyaan saya terus dibiarkan ternganga.saya pasti saya tak memerlukan jawapan kerana kekadang,soalan dan luahan..sukar dibezakan.
ada ketikanya,senyum,duka,ceria.acapkali muram,derita ataupun airmata. Anehnya,husband tetap bersama saya.
Kadang tegurannya tajam,menikam..saya sedikit pedih.Namun,jauh disudut hati,terpujuk jua..semuanya kerna dia sayang pada saya. Pernah juga belaian dan manjanya melekakan..mujur hati sering diingatkan,husband adalah 'hadiah' Tuhan pada saya..

p/s: HANYA SEKADAR GAMBAR HIASAN..

08 Julai, 2009

Positive Thinking..


aku takder mood nak tulih panjang2..nk crita itu ini..
aku banyak keje tp..
semua ni membuatkan aku kna berpikiran positip!!
boleh????????

29 Jun, 2009

Trip to Cameron Highlands

Assalamualaikum,dah lama tak bersiaran kan?
aku dan kwn2 baru balik kursus inventori selama 3 hari selaku Lembaga Pemeriksa Aset Alih Kerajaan yg dilantik jabatan.





Duk kat Star Regency,Brincang.hotelya not so- so..tambah2 lagi bab makanan,kemut nak mampus..tak sedap...hehhee...betui,seme peserta kata gitew,ok?bkn aku sorang..

Pergh,sungguh mengujakan...

Aku mabuk pegi dan balik ke CH.Ikut Tapah weh,bkn Simpang Pulai..nilah kali ke berapa ntah aku g CH,aku pun tak pasti.last aku gi masa keje kat maktab KB dulu..mase ngandungkan Ilman 3 bln..nipun sama..penin giles...







shopping?takde maknanya..
aku rasa sepanjang 3 hari,tiap2 hari hujan dan tiap2 hari ada kelas..tambah plak bas PNM takder nak bawak kami jalan2..maka,terperuklah kami dibilik..

hehehe...semua tu kalu muka aku masam,korang sedia maklumla..muka org mabuk makan angin...

13 Jun, 2009

wow!!!

apa pendapat korang kalu tgk org bawok moto cenggini?


p/s: mujur LC husband aku tak wat lagu ni..malu beso,weh...kang org ingat haris banyok musuh pulok!!


11 Jun, 2009

Stadium Tganu runtuh sebab...

korang nak tau apa sebab stadium kat sana runtuh...
Banyak faktornya ...

Ada yang kata...
1- Design fault- kegagalan rekabentuk
2- Poor workmanship- kerjabina yang tidak bagus. Mungkin joint problem between steel structure to the reinforced structure... ada bolt yang longgar atau tidak di-grout.
3- Cost cutting yang melampau menyebabkan harga RM292 juta menjadi 2.92 juta. Struktur bumbung cap ayam, mungkin...
4- Foundation problem- mungkin asas binaan untuk menyokong struktur bumbung sendiri tidak kukuh..pasir lebih daripada simen, mungkin...

Macam2 teori lagi yang kita boleh buat dan boleh diandaikan . Siapa yang harus bertanggungjawab? Dan senarai faktor runtuhan ini akan menjadi sangat panjang, boleh buat satu esei atau tajuk tesis, kes studi.

Err.... Namun setelah menerima satu emel ini, aku rasa, mungkin teori ini lebih tepat!

5- Perhimpunan Agung Ultraman secara besar-besaran di Stadium tu pada minggu lepas...


DAN

... Memberi peluang untuk raksasa membalas dendam!

10 Jun, 2009

Pekerja,Ibu dan Isteri..

Artikel ni aku ambik dari blog Syani dan Syani lak copy paste dari blog sape tah… yang selebihnya aku tokok tambah supaya lebih perisa berdasarkan kisah aku sbg isteri..Sesamer la baca wahai kengkawan…

Percaya atau tidak kebanyakan dari kita (aku dan anda juga) hanya meluangkan hanya 10% atau kurang dari masa anda sebagai isteri. Selebihnya adalah sebagai pekerja dan juga ibu. Baiklah , mari kita kaji tugas-tugas 3 golongan tersebut berdasarkan masa kita selama 16 jam. Kena tolak 8 jam waktu tidur (sebab aku tido awai..)

Pukul 5.30 pagi hingga 7.00 pagi - Pekerja dan Ibu
Bangun seperti biasa. Mandi, membersihkan diri, Sembahyang dan menyediakan sedikit minuman sebagai alas perut untuk diri sendiri, anak-anak dan suami (ini pun kalu sempat.kalu i rajin bang,mkn nasik goreng,kalu i malas..jawabnya makan roti dan sarikaya jelah...).
Menyiapkan anak-anak untuk bersekolah. Yang mana ada anak kecil, siapkan untuk ke nursery. Mungkin menyediakan susu,pampers kain baju untuk dibawa ke nursery. Menyiapkan diri untuk ke pejabat.

Pukul 7.00 pagi hingga 8.30 pagi - Pekerja dan ibu (Traffic condition kat KL, u know la...)
Memandu ke pejabat yang mana berkereta sendiri. Singgah di sekolah atau nursery.Drop anak. Yg anak nangis,takmo gi skolah..macam2 ada...Teruskan perjalanan ke pejabat. Yang mana pergi bekerja bersama suami dalam satu kereta, mungkin menerima leteran suami sebab lambat bersiap. Terpaksalah makeup dalam kereta, itu pun kalau sempat. Suami bising kenapa tak siap make up kat rumah. (Tak paham-paham dia ye !!)

Pukul 8.35 hingga 8.37 - Pekerja dan mungkin isteri
Sampai kat pejabat. Nasib baik dapat lah ciuman suami kat pipi kanan. Tak tau la dia ikhlas ke tidak. Punch kad dah merah la pulak.bos tak marah ok..kalu bos angin??

Pukul 9.00 hingga 6.00 petang - Pekerja
Kerja rutin seharian bermula, bekerja sebagai eksekutif, pengurus atau pekerja sokongan organisasi.

Pukul 6.00 hingga 8.00 malam - Ibu
Tunggu suami jemput di pejabat. Lambat pulak tu. Singgah kedai runcit atau pasar malam. Beli bahan nak masak. Ataupun beli bungkus. Sambil tgk tv, makan.Waktu ni juga bergegas untuk sembahyang Maghrib dulu.

Pukul 8.00 malam hingga 9.30 malam - Pekerja
Layan anak,ngemas umah atau basuh pinggan. Nak check keje skolah bebudak..bincang2 ngan bapaknya tentang kerja dan sbgnya.

Pukul 9.30 malam hingga 10.30 malam - Pekerja
Kerja rutin sebagai suri rumah bermula. Pinggan mangkuk yang di tinggalkan oleh suami dan anak-anak perlu di kemaskan. Lap meja. Sapu lebihan nasi yang tumpah atas lantai. Sesambil tu berkejar-kejaran dengan kain kotor yang yang berlambak dalam bakul. Humban dalam mesin basuh. Bersilat untuk lipat kain baju yang dah seminggu "LEPAK" sama tinggi dengan kita atas sofa. Tak sempat habis. Tinggalkan. Sidai kain baju yang dah dibasuh . Tak sempat juga. Tinggalkan.

Pukul 10.30 hingga 11.00 malam - Ibu
Melayan diri sendiri dgn baca buku. Selang seli dengan menyiapkan anak kecil untuk tidur. Tukar pampers. Basuh berak dsb. (nak pakai losyen pun tak sempat,hehhehe...)

Pukul 11.00 malam hingga 11.20 Malam - Hak kepada diri sendiri.
aduh penatnya,mental block rasanya.Nak cuci muka pun tak sempat. (Toner, moisturizer, masker tu tak pandang pun). Sembahyang Isyak. Sediakan tempat tidur. Selimut pagi tadi tak sempat kemas pun.

Pukul 11.20 malam hingga 11.45 malam. - Pekerja
Persiapan untuk kerja esok. Marah anak anak sebab lambat tidur. Suami tengok crita apa ntah,anak lak tgk CERIA. Ceh!!


Pukul 11.45 malam hingga 12.00 malam atau 12.45 malam -ISTERI
Suami teringin nak xxx. Anda sudah tidak berdaya lagi.... Kerja-kerja rumah masih banyak yang belum diselesaikan. Terpaksa fikir untuk bangun awal keesokan harinya. Suami marah kerana xxx anda dingin,lesu,hambar,tawar. Anda melayan kehendak suami anda hanya kerana tidak mahu mengecewakannya. Sedangkan anda sendiri tidak dapat menikmati "HAK ANDA SEBAGAI ISTERI". Jadilah xxx instant.

Jangan nafikan hak anda.Cuba anda hitung sendiri, berapa banyak masa anda digunakan untuk diri anda sendiri dan suami2 diluar sana..hargailah isteri anda!!!

09 Jun, 2009

Jiwang berkarat

Lirik penuh makna...
Glenn Medeiros - Nothing's Gonna Change My Love For You

If I had to live my life without you near me
The days would all be empty
The nights would seem so long
With you I see forever oh so clearly
I might have been in love before
But it never felt this strong
Our dreams are young and we both know
They'll take us where we want to go
Hold me now, touch me now
I don't want to live without you

Nothing's gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
One thing you can be sure of
I'll never ask for more than your love

Nothing's gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
The world may change my whole life through
But nothing's gonna change my love for you

If the road ahead is not so easy
Our love will lead the way for us
Like a guiding star
I'll be there for you if you should need me
You don't have to change a thing
I love you just the way you are
So come with me and share the view
I'll help you see forever too
Hold me now, touch me now
I don't want to live without you

Nothing's gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
One thing you can be sure of
I'll never ask for more than your love

Nothing's gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
The world may change my whole life through
But nothing's gonna change my love for you

Nothing's gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
One thing you can be sure of
I'll never ask for more than your love

Nothing's gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
One thing you can be sure of
I'll never ask for more than your love

Nothing's gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
The world may change my whole life through
But nothing's gonna change my love for you

Nothing's gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
One thing you can be sure of
I'll never ask for more than your love


p/s: terjiwang karat la pulak.btw,mmg touchy lagu ni....

03 Jun, 2009

cuba-cuba

linie

cuba-cuba

contoh

30 Mei, 2009

kemalasan melanda

entah kenapa ya?
blog aku apatah lagi blog ilman dah lama tak diupdate.

haris awai2 lagi dah malas nak manage blog ilman tu..bab edit2 mengedit gambo serah..kalu posting..mintak mahap..

aku hari ni keje sampai jam 7pm.esok free,ada hati nak ke carboot sale (pasar tani) kat stadium tp haris macam malas jugak..(ape kena kami nih???)isnin kena participate kat karnival ilmu@MAMPU pulak as wakil PNM bukak booth kat
situ...arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!

btw,bang..i ucap terima kasih dan muahhhhhhh byk2 sebab u belikan i handbag sembonia tu...walopun nak beli BONIA kita tak mampu,itupun jadilah bang...

i lap u so much,bang!!( dapat kasut croc's macam kat bawah nie..lagi i syg kat u..)


upppssssssssss..terlebih sudah!!

19 Mei, 2009

Baru masuk kerja..

heheheh..
sudah lama aku bercuti. dari 7-18hb,aku bawak mak soping ke klate 4 hari, kelik perak ngan mak n ilman sementara Haris bekerja..menjadikan cuti aku sedikit bermakna,menyambut hari ibu juga ulangtahun kelahiran ilman yg ke 4, membawa ceria juga walaupun husband tiada disisi.chewah...

di kelantan, takderla shopping sakan.hanya mak,haris dan ilman mmg bersungguh2 membeli barang..aku lak takder mud.penin,angin dan rasa nak muntah..huhuuu...
habih diborong kemeja sutera,kelambu lah,asam jawalah, kepok..macam2..

nanti kalu aku ada masa, aku upload gambar.aku tak bawak kamera aku tp guna henpon baru haris.ok ke tak..ntahla..

05 Mei, 2009

Wonderpet's



my son really loves this show.mak dan sepupu aku yg umo 40'an pun sama naik menontonnya. mana2 budak pun aku rase semua tak ketinggalan tgk crita ni,baik dlm BI atau BM.mau tak mau, the songs get stuck in my head for weeks. 2 lagu yg pemes dalam cerita ni, tentulah Wonderpet's theme song dan the phone is ringing...sedapkan?

byk benda yg kita boleh pelajari dari cerita ni..dahla derang mengembara serata benua,menolong pelbagai binatang..tapi,yg palin pentin,mereka yg sekecil ni berganding bahu membantu bak slogan derang = yang penting,kerjasama.

its wonderful,helping n sometime funny..Lagi pun,pada aku, this is one of the best shows on tv for kids. It teaches teamwork to accomplish goals which is lacking in todays selfish society,betui dak?

27 April, 2009

selamat datang..ahli keluarga baru...

Berita ni baru sahaja ingin dihebahkan kepada semua...

kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat datang ke dalam family kami wahai Enche' WSN579 dan terima kasih atas jasa-jasa Tuan WLY6184 yg hampir 5 tahun berbakti tanpa jemu dan rasa ingin meragam.

Sejak 1 hari sebelum Haris & Hasliza di ijab qabulkan,WLY datang dalam hidup kami,membawa kami bertandang kerumah mertua dan saat ketika Ilman dilahirkan, 2 hari selepas tu..Ilman di bawa balik ke kampung di Teluk Intan menggunakannya.

kami pasti tak lupakan kamu,wahai si hitam SE..

19 April, 2009

DJ Lemon Rosemary Chicken



heheehe...

minggu lepas,aku ada niat nak belanja staff2 aku sebab aku ada 'hajat' yg dah disempurnakan. aku order Lemon Rosemary Chicken yg dok org tergila2 tu..aku order melalui internet jer,snang dan mudah. COD plak tu...

aku tgk punyala menggiurkan ayam dia.tgk jelah gambo kat atas nih..aku order 2 ekor untuk budak2 ni...1/2 ekor aku bawak balik kg sebab aku nk tgk abah yg keseorangan sebab mak takder,mak balik jaga nenek kat kampung..

punyala asik kami mkn..dengan penuh kusyuk dan tawaduknya..tapi tokleh snap gamba mase kami tgh melantak..merbahaya u...yg boleh dipamerkan kat sini,hanya gambar ayam tu saja..

bukan nak bodek,tp mmg kenyataan.ayamnya lembut,terasa ayam,kentang dan carrotnya.
teksturnya mmg nampak halus,rasanya apatah lagi..sepupu aku kat kg pun,dia cakap,kalu dekat..dah lama aku order...

hehhehe,timer kasih pd kak dd n abg jaz yg sudi mengantor RLC ni ke opis teman yer..
husband kata mula2 tu..za,mahaila..knapa beli?
tapi,bila dia dah rasa..barulah dia kat...puas hati dgn kualitinya...

kak dd,nanti kita order lagi ya...korang tgk apa pengakhiran kepada ayam kak dd & abg jaz yg telah dikerjakan oleh kami...




15 April, 2009

Untuk ulat bulu..eh silap,ulat buku!!!

Apa yang ditunggu si pencinta buku pada April ini?

jawabnya ada 2.
1) Hari Buku dan Hakcipta Sedunia
2) Pesta Buku Antarabangsa


Berduyun- duyun masyarakat ke PWTC,tak kiralah menengok, membeli mahupun meninjau rega dan buku yg disukai..terpulang pada kita,tepuk dada,tanya selera...

anak pun sejak bln mac dah bertanya,mama..bila kita nak gi book fair mama..nak beli buku..heheheh..dasar anak pustakawan!!!

jom kita ramai2!!jgn lupa kunjungi booth PNM ya..

09 April, 2009

aku sakit kepala lagi...




Sakit kepala adalah gejala yang paling biasa di dalam kebanyakan penyakit. Adalah penting untuk mengenalpasti punca sakit kepala dan belajar untuk menanganinya, supaya sakit dapat dikurangkan. Macam aku sekarang, asik sakit kepala dan berteman dgn minyak cap kapak dan bam sentiasa. Kengkadang rasa na muntah, nak pitam pun ada..
aku rasa ni faktor keturunan la rasanya, sebab mak aku pun dulu camtu..


Jenis-jenis Sakit Kepala
1. Sakit Kepala Yang Tegang
Ia merupakan bentuk sakit kepala yang paling biasa. Ia merupakan sakit kepala yang berterusan dan yang meneruk pada waktu pagi. Sakit terhasil dari pengecutan berterusan otot-otot pada bahagian kepala dan leher yang menyebabkan rasa berat pada dan di belakang leher. Pesakit terasa seperti adanya pemberat di kepala atau pita di sekeliling kepala. Biasanya, stres dan kegelisahan dikaitkan dengan sakit kepala jenis ini. Selain daripada sakit semasa pemberian tekanan pada otot di leher, pemeriksaan-pemeriksaan lain adalah normal.

2. Migrain
Ia merupakan sakit kepala yang tenat dan yang berpanjangan sehingga 6-24 jam. Ia diklasifikasikan kepada dua jenis.
Migrain klasik - Sakit kepala dengan kehilangan selera makan, mual dan muntah, yang
didahlui oleh "aura" - kesan visual seperti pancaran petir, perasaan mencucuk dan
perubahan fikiran.

Migrain biasa - lebih kurang sama kecuali tiada kehadiran.

Migrain biasanya didapati di kalangan 5% populasi. Kebanyakan pesakit mendapat serangan pertama mereka sebelum berumur 30 tahun. Sakit kepala ini biasanya berlaku pada sebelah kepala tetapi kerap kali menyeluruh, dan berlaku kurang dari sekali dalam sebulan.

3. Sakit Kepala Berkelompok
Ia mengakibatkan sakit menikam yang tajam yang menumpu pada sebelah mata. Biasanya pesakit akan terjaga dengan sakit kepala ini dalam beberapa jam sahaja selepas tidur. Gejala-gejala seperti keluarnya air mata, kelopak mata yang melentok dan hidung berhingus mungkin juga hadir. Jangkamasa serangan adalah biasanya pendek, selama 30-90 minit.

4. Sakit Kepala Disebabkan Oleh Penyakit Yang Memberi Kesan Terhadap Salur-salur Darah.
Ini adalah disebabkan oleh kesan salur-salur darah di dalam tengkorak, misalannya pendarahan, gumpalan darah, kelemahan dan penipisan dinding pada salur-salur darah dan tekanan darah yang tinggi.

5. Peningkatan Tekanan Pada Otak
Tekanan di dalam kranium mungkin ditingkatkan oleh ketumbesaran, bengkak bernanah, keradangan selaput otak dan kecederaan dengan pembengkakkan pada otak.

6. Keradangan Pada Selaput Otak
Ia mungkin dihubungkan dengan rasa mual dan sakit atau kekakuan pada leher.

7. Sakit Kepala Selepas Dilanggar Pada Bahagian Kepala
Ini mungkin menunjukkan kerosakan yang serius seperti tengkorak yang patah atau pendarahan dalaman.

8. Penyakit Pada Tengkorak Atau Pada Rongga Tulang (Sinus)
Penyakit seperti sinusitis, tengkorak yang patah dan tumor tulang boleh menyebabkan sakit kepala.

9. Penyakit Telinga
Penyakit-penyakit telinga yang tertentu boleh menyebabkan sakit kepala.

10. Penyakit-penyakit Mata Dan Orbit
Tumor orbital dan glaukoma (peningkatan tekanan dalam mata) boleh menyebabkan sakit kepala.

11. Punca Toksik Dan Metabolik
Jangkitan dengan demam, aras gula yang rendah dalam darah dan rasa kurang senang selepas memiium arak, juga boleh menyebabkan sakit kepala.

Faktor-faktor Pencetus
v Stres
v Corak tidur yang berubah
v Alkohol
v Senaman fizikal yang bersungguh-sungguh
v Cahaya yang terang
v Kelaparan
v Makanan-makanan tertentu, contohnya wain, coklat
v Pengawet-pengawet makanan, misalannya nitrat dalam sosej
v Kesan pengunduran dari kopi (kafein)
v Ubat-ubat tertentu - runding dengan pegawai farmai anda
v Perubahan hormon, misalannya semasa haid, pengambilan pil perancang keluarga
v Persekitaran yang sesak, misalannya bilik yang berisi asap



Pengendalian
1)Mengelakkan dari faktor-faktor yang merangsangkannya
2)Ambil ubat penahan sakit yang mudah (runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi
anda).
3)Sakit kepala Sinus - Ambil ubat antihistamin atau yang melegakan penyumbatan hidung
4)Letakkan tekanan yang panas pada bahagian sinus.

Ingat untuk berjumpa dengan doktor jika sakit kepala tidak dilegai oleh penjagaan kendiri yang mudah,Sakit kepala hadir bersama demam, kekakuan pada leher, masalah penglihatan dan perubahan keperibadian ataupun jika ia berlaku selepas kecedaran di bahagian kepala serta sakit kepala yang berulang-ulang dan bertambah tenat.

Tabiat Baru
1)Belajar untuk beristirehat
2) Singkirkan stres dengan merancang aktivit-aktiviti anda terlebih dahulu dan biarkan keluarga anda membantu anda
3) Bersenam selalu dan jadilah bertenaga.
4)Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang selalu.
5)Dapatkan tidur yang tetap dan secukupnya.
6)Pakai cermin mata gelap untuk mengurangkan silau.
7)Minum air yang secukupnya, terutamanya semasa cuaca panas.
8)Jangan ambil ubat penahan sakit yang terlampau banyak.
9)Periksa mata anda dengan seorang doktor pakar.


Perubahan dalam gaya hidup boleh melegakan atau menghapuskan kebanyakan dari sakit kepala yang biasa (ini petikan dr. buku yg aku bacalah...)




Ubat sakit kepala
--------------------------------------------------------------------------------

Seorang bos masuk ke pejabat dalam keadaan sakit kepala. Seorang pekerja memerhati keadaannya, lalu bertanya, 'Kenapa bos? Nampak macam sakit sahaja?'

'Yalah Semaun, kepala aku ni sakit sangat!' kata bos.

'Dua hari lepas saya pun sakit kepala juga bos. Tapi bila balik, isteri saya peluk dan cium saya. Lepas tu, sakit kepala saya terus hilang. Saya rasa bos pun patut buat macam tu juga,' terang Semaun.

'Betul ke? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri engkau sekarang!'


MORAL: Jangan tersilap beri nasihat..

31 Mac, 2009

double pregnancy??




hehheh..
tekekeh2 aku nengok gambo nih...
mmg lawok rase aku!!

harap kepada ibu2 mengandung di luar sana (kak jua, kak daradah, idamurni, kak win,ann taayah,sapa lagi weh?..beware huh!!!)
jgn biarkan hidup anda diselubungi misteri sebegini...

26 Mac, 2009

anak oh anak...




"BELAJARLAH memahami setiap tindakan anak kerana dengan cara inilah anda menggalakkan komunikasi yang lebih baik."

KITA sering mendengar resolusi tahun baru kebanyakan orang adalah untuk berhenti merokok, lebihkan senaman atau mengubah tabiat pemakanan. Mungkinkah terdapat teknik mendidik anak yang perlu kita tukar? Ataupun terdapat tabiat anak kita yang perlu diubah?Aduh, pening juga kepala ni...
Berikut adalah sesetengah resolusi mendidik anak yang mungkin boleh kita dipertimbangkan.

Jadikan contoh
Kebanyakan ibu bapa tidak sedar akan pengaruh mereka terhadap anak-anak. Anak biasanya cenderung terpengaruh dengan tabiat merokok, pengamalan diet yang tidak sihat, tidak memakai topi keledar dan sebagainya jika salah seorang daripada ibu bapa mempunyai tabiat buruk.
Ibu bapa perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah pengurusan emosi.

Mendisiplinkan anak
Belajar mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak. Mendidik mereka kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah salah satu contohnya.
Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama. Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka jangan segan mendapatkan bantuan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua anak.
Didikan adalah sebahagian besar daripada disiplin. Jika anak melenting, mengehadkannya daripada menikmati pelbagai keistimewaan contohnya menonton tv mungkin satu tindakan yang wajar.
Tetapi, si anak tidak mungkin belajar atau tahu apa yang betul sehinggalah anda menunjukkan kepadanya. Luangkan masa untuk menerangkan perilaku yang betul kepada anak.

Memahami anak
Adakah anda memahami perkara yang dilakukan oleh anak? Mengapa anak kecil memandang anda dan sejurus selepas itu memukul abangnya atau melontarkan sesuatu ke atas lantai? Tidakkah dia tahu itu sesuatu yang salah?
Dia mungkin tahu tetapi tidak bermakna apa yang dilakukan itu jahat. Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak berada dalam kedudukan menerokai had mereka. Inilah satu proses normal dan merupakan sebahagian daripada perkembangan semula jadi. Jika anda berusaha memahami rasional anak, boleh jadi kemarahan dan reaksi anda tidaklah seteruk yang disangkakan.
Sebahagian besar ibu bapa telah mengukuhkan perilaku buruk anak tanpa disedari. Keadaan ini boleh berlaku apabila anak disalurkan dengan pelbagai perhatian negatif dan tidak konsisten. Sekiranya anda masih tidak dapat memahami mengapa anak bertindak sedemikian, maka ini mungkin bermakna teknik mendisiplinkan anak anda itu tidak berkesan.

Pemakanan sihat
Dewasa ini kebanyakan ibu bapa dilihat cenderung memanjakan anak. Malah, mereka juga terlupa meminta anak membasuh pinggan mangkuk setiap kali selepas makan. Sepatutnya, anak perlu belajar menghabiskan makanan agar tidak meninggalkan separuh daripada sajian tersebut di dalam pinggan.
Jika anda sentiasa membiarkan lebihan makanan berada dalam pinggan secara konsisten, tabiat ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda mungkin boleh memberikan hidangan kecil kepada anak bagi melatihnya menghabiskan semua makanan. Sediakan juga pilihan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, daging dan produk tenusu rendah lemak. Hadkan pengambilan minuman bersoda, tinggi gula dan makanan kaya lemak dalam diet pemakanan anak anda.

Aktiviti fizikal
Bilangan kanak-kanak dan anak remaja yang obes kian bertambah. Menghabiskan masa berjam-jam di depan televisyen, bermain permainan video dan komputer adalah antara puncanya. Jadi, selain pengamalan diet yang seimbang, pastikan anak diberi masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal secara kerap untuk kekal sihat dan cergas.
Berkomunikasi secara efektif
Adakah anda tahu bagaimana berinteraksi dengan anak? Apakah yang akan anda lakukan apabila anak bermasalah? Belajar berkomunikasi dengan anak jelas merupakan satu kemahiran penting.
Sebenarnya terdapat banyak perkara yang boleh dibincangkan bersama anak. Misalnya, pendidikan seks, bahaya merokok dan penyalahgunaan dadah serta alkohol.

Sentiasa bersedia
Apakah yang akan anda lakukan pada kali pertama berdepan dengan masalah didikan anak yang spesifik? Misalnya, ketika anak bercakap bohong, mencuri atau ponteng sekolah? Anda mungkin tidak bersedia untuk setiap situasi tetapi perancangan awal mungkin dapat membantu.
Membuat perancangan awal juga boleh membantu anda berdepan dengan anak-anak yang sukar dikawal.

p/s: Apa kata tahun ni kita mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?