CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

04 Disember, 2008

Bengang giles!!!


TEATER MUZIKAL KANAK-KANAK SINBAD

Teater ni bukan main point yang aku nak sampaikan.Cuma aku nak luahkan 'ketidakpuasan' hati aku pasai cara agihan 1000 tiket percuma yang IB bagi pada staff PNM(opis aku)untuk sama2 menikmati & menyokong industri seni negara...
cerita bermula gini,semalam,aku pepagi dah call 'budak' yg incharge pasai tiket sebab aku nak 4 tiket utk tgk teater ni.hajat hati nak bawak Haris, Ilman n anak buah aku dr kg.all this while pun,aku mmg suka tgk teater muzikal so taknaklah ketinggalan kan?

Budak yg pick up call tu nama Yana,bghb korporat PNM so aku booking tarikh yg aku nak pada 12hb Dis. jam 8.30 malam.Hari sabtu cam rilex sikit kan..santai2 gitu..umah aku kat B. Br Sentul je,taklah berkejor2 nak dtg...si yana tu kata ok..siap bgtau lagi,nasib baik Cik Liza call awai sebab tiket terhad dan dah tak byk. Kalu dah ada nanti dia agihkan.oklah kan..

Kebetulan lak,aku miting ISO dekat dgn opis budak tu.aku jenguk jap untuk tanya,yana takder lak..yg ada si fiza penolong peg situ..dia bgtau tiket blom organize.aku sabo..aku bz sampai kui 4.30,balik opis tgk staff2 aku tgh bg2 tiket.aku tanya,mana tiket aku?typist aku kata,mana ada nama Cik Liza.

Fuh...ini boleh mendatangkan marah.
Aku tak puas hati!!!
Aku mula nak jadik hulk hogan...

aku mintak member aku check aku nya nama.konpem takdak.aku mengamuk..last2 bos dia kol aku.mintak bersabar dan kalu nak marah,marahlah,dia kata yana pening sebab tiket byk sgt.nasib bos dia baik..K. Timmy,thanks for ur concern.aku nak marah pun tak jadik sebab kak timmy ni mmg baik (aku bukan ampu eh?)

aku tak kesah sgt kalu jam tu juga yana kata tiket dah abis.aku faham.dia ckp ngan aku dengan memberi harapan dan amik nama dan bhgn dah umpama mmg konpem.at last,nama pun tadak...

balik,aku smbg kebengangan aku pada haris n ilman.janji nak gi mkn kat restoren Haslam pun,cam xde mood je.aku dah nekad,aku akan kol yana dan akan menyumpah seranah dia atas kecuaian dia.

pagi ni dia EL plak.takut ker?ada gak org tak puas hati semalam.selain tu,pgrh pun ada bising pada yana tu.budak baru,u hormatla kita org nih..

baru jap2,k. timmy kol suh amik tiket.tp pada 11hb..layan jelah dr takde.aku akan tegur (a.k.a marah) sbb yana,salah dia dan perbuatan dia..tunggu jelah...

sekian cerita marah aku!!!
mekasey.



SINOPSIS
SINBAD, seorang pelayar yang amat terkenal dengan kebijaksanaan dan keberanian. Beliau mempunyai hubungan persahabatan yang sangat akrab dengan anak Raja, iaitu Putera Zariq, namun mencemburui baginda kerana memiliki kemewahan serta kemampuan memperolehi apa sahaja dalam sekelip mata.

Dewi Bencana dari Maya Bencana sangat gemar mempermainkan manusia di dunia. Suatu hari dia bercadang mahu mempermainkan Sinbad. Baginya Sinbad adalah musuh utama kerana setiap kali belayar, Sinbad dapat mengharungi dan menewaskan segala bencana yang dialaminya ketika di lautan.

Dewi Bencana telah menyamar sebagai Sinbad dan mencuri Kitab Damai kepunyaan Raja Mikraj. Sinbad telah ditangkap dan dituduh mencuri Kitab tersebut dengan bersaksikan pengawal istana. Sinbad menerangkan Dewi Bencana yang punya angkara, malangnya tidak dipercayai oleh Raja Mikraj, iaitu ayahanda Putera Zariq. Sinbad dijatuhkan hukuman.

Atas rasa persahabatan yang sangat kuat, Putera Zariq mempercayai kata-kata Sinbad. Dia dibebaskan dengan syarat harus belayar ke Maya Bencana untuk mendapatkan kembali Kitab Damai tersebut sebagai membuktikan kebenaran kata-katanya. Sebagai ganti, Putera Zariq sedia menjalani hukuman untuk sementara dengan jaminan sekiranya Sinbad tidak berjaya, baginda sedia dihukum.

Puteri Nursaibah, sahabat Putera Zariq tidak mempercayai kejujuran Sinbad, lalu mengekorinya dalam pelayaran. Sepanjang pelayaran itu berbagai cabaran dilalui dan segalanya dapat ditempuhi dengan semangat kerjasama dan saling mempercayai walau pun sebenarnya Sinbad telah ditawarkan upah berganda oleh Puteri Nursaibah.

1 komentar:

awein berkata...

alamak bestnya tgk teater sok sok ada teater best2 ambik la satu tiket kat aku ni