CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

30 Disember, 2008

Hari Keluarga Hajjah Fatimah Hj. Ali









23 Disember, 2008

Rehlah


huhuuu..
pokcik santa klos akan datang 2,3 hari lagi..sonoknya..bukan sonok nak celebrate,sonok nak cuti panjang...
aku tak amik cuti lama hanya sehingga cuti awal muharam isnin depan..
tapi,yg lagi seronoknya..aku akan ikut hari keluarga nenek aku ( family
aku lah tu bersama sepupu,mak sedara,anak sedara dll)

Dijangka program pada 28 hb di Teluk Rubiah Resort,Manjung bakal dapat sambutan dengan tema kaler kegemaran keluarga,hijau...yg bdk2,sepupu aku sponser baju..
(woi kak nie,spnser atas sampai bawah lg best!...anyway TQVM)

aku n haris pun,bukan main (sebenonya,aku yg over excited).aku dah blikan swimming trunk ilman,kaler merah,kaler peberet dia...dah balik tu,asal mandi kat bilik air,baju tu yg ditunjuknya..nak pakai..konon2 ala2 berada di tepian pantai.
habih lenjun,licin lantai depan bilik air aku...

untuk aku sendirik,aku dah beli sunglases.mengancam u..korang tgkla nanti..baju blouse hijau yg dipadan dgn tudung ekin (kali ni aku tak beli kat ariani,aku beli yg cikai n murah), semata2 nak bergaya di hari kejadian...

semua persiapan dah settle,aku beli hadiah utk 27pc..taktaula ada tak rezki aku utk dapat adih2 tu..rase2 cam tak dapat aper..sibuk menguruskan xtvt & tentatif rasanya.

ooooh, satu lagi.sesapa yg tak gi hari keluarga KPKKW ahad lepas kna bagi sorat tunjuk sebab..huhuuu..aku tak sehat..seseme teruk..so aku tak gi..adakah reason aku
munasabah dan munasarawak utk lepaskan diri....

sampai jumpa lg.maybe aku update lepas cuti ya?

19 Disember, 2008

Happy Weekend To Everyone...



Kenapa aku suka weekend minggu nih?
1) Aku takyah duty kaunter 2 x bulan ni. Ada staff aku volunteer nak amik duty aku.(Mekasih Watie..)

2) Aku nk rilexkan kepala hotak dan bersantai dgn kegemaran aku (window shopping)

3) Aku nk g Tesco untuk beli barang Hari keluarga aku on 28 Dis ni ,p Car Boot Sale (SA)carik swimming trunk utk Ilman (ada ker?)

4) Berjaya 'tolong' juai baju jiran aku dengan untung RM102.huhuuu..bleh makan besaq tu!

5) Aku bleh g ngabehkan duit bonus aku...

sukanya hati...Gumbira tak terkata...

14 Disember, 2008

kena tag?

Assalamualaikum..
Ummu Rosma ni...tak serik2 tag aku..huhuhu...
aku ni lak..Ya Allah,meraban teben bila terima tag dr kengkawan.
oklah..aku bayo utang eh...
"The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tagged 7 people."


1. The age of my next birthday

2. A place I'd like to travel to



3. A favourite place


4. A favourite thing




5. A favourite food



6. A favourite colour



7. The city I live in.


The city I was born in


9. A nickname I had


10. College Major



11. Name of first (and only) lover..


12. A bad habit


13. A hobby


14. Current wish list






Now..I would love to share the fun of this tag with :-
ANN
K.IDA JAKE
K. AWIEN
PIA

huhuuhu...gambo aku lagik..

Sepatutnya semalam aku dan haris register sbg student master FLP di UiTM.
Tp,kami dah ambik keputusan untuk tak smbung 1st degree kami untuk thn ni dan akan cuba dilain masa.sedih gak tp..takpa...maybe ada hikmahnya tu..

anyway,tatap la gambo aku yg takde kena mengena dgn perenggan awalan tadi..syok2 amik gambar mase tgk teater sinbad & tumpang amik gmbo jubah sepupu aku konvo di UiTM gak last 2 week...






05 Disember, 2008

Idul Adha

Salam kemaafan penuh kesyukuran dari kami:

Haris,Hasliza & Zidni Ilman.

kami balik beraya di Teluk Intan malam ni.sesapa yg area situ,rojer2 lah...teman sentesa ader di ghomah.

Berhati2 memandu,ingatlah org yg tersayang..
jgn di hari raya korban, awok pule yg terkorban...

04 Disember, 2008

Bengang giles!!!


TEATER MUZIKAL KANAK-KANAK SINBAD

Teater ni bukan main point yang aku nak sampaikan.Cuma aku nak luahkan 'ketidakpuasan' hati aku pasai cara agihan 1000 tiket percuma yang IB bagi pada staff PNM(opis aku)untuk sama2 menikmati & menyokong industri seni negara...
cerita bermula gini,semalam,aku pepagi dah call 'budak' yg incharge pasai tiket sebab aku nak 4 tiket utk tgk teater ni.hajat hati nak bawak Haris, Ilman n anak buah aku dr kg.all this while pun,aku mmg suka tgk teater muzikal so taknaklah ketinggalan kan?

Budak yg pick up call tu nama Yana,bghb korporat PNM so aku booking tarikh yg aku nak pada 12hb Dis. jam 8.30 malam.Hari sabtu cam rilex sikit kan..santai2 gitu..umah aku kat B. Br Sentul je,taklah berkejor2 nak dtg...si yana tu kata ok..siap bgtau lagi,nasib baik Cik Liza call awai sebab tiket terhad dan dah tak byk. Kalu dah ada nanti dia agihkan.oklah kan..

Kebetulan lak,aku miting ISO dekat dgn opis budak tu.aku jenguk jap untuk tanya,yana takder lak..yg ada si fiza penolong peg situ..dia bgtau tiket blom organize.aku sabo..aku bz sampai kui 4.30,balik opis tgk staff2 aku tgh bg2 tiket.aku tanya,mana tiket aku?typist aku kata,mana ada nama Cik Liza.

Fuh...ini boleh mendatangkan marah.
Aku tak puas hati!!!
Aku mula nak jadik hulk hogan...

aku mintak member aku check aku nya nama.konpem takdak.aku mengamuk..last2 bos dia kol aku.mintak bersabar dan kalu nak marah,marahlah,dia kata yana pening sebab tiket byk sgt.nasib bos dia baik..K. Timmy,thanks for ur concern.aku nak marah pun tak jadik sebab kak timmy ni mmg baik (aku bukan ampu eh?)

aku tak kesah sgt kalu jam tu juga yana kata tiket dah abis.aku faham.dia ckp ngan aku dengan memberi harapan dan amik nama dan bhgn dah umpama mmg konpem.at last,nama pun tadak...

balik,aku smbg kebengangan aku pada haris n ilman.janji nak gi mkn kat restoren Haslam pun,cam xde mood je.aku dah nekad,aku akan kol yana dan akan menyumpah seranah dia atas kecuaian dia.

pagi ni dia EL plak.takut ker?ada gak org tak puas hati semalam.selain tu,pgrh pun ada bising pada yana tu.budak baru,u hormatla kita org nih..

baru jap2,k. timmy kol suh amik tiket.tp pada 11hb..layan jelah dr takde.aku akan tegur (a.k.a marah) sbb yana,salah dia dan perbuatan dia..tunggu jelah...

sekian cerita marah aku!!!
mekasey.



SINOPSIS
SINBAD, seorang pelayar yang amat terkenal dengan kebijaksanaan dan keberanian. Beliau mempunyai hubungan persahabatan yang sangat akrab dengan anak Raja, iaitu Putera Zariq, namun mencemburui baginda kerana memiliki kemewahan serta kemampuan memperolehi apa sahaja dalam sekelip mata.

Dewi Bencana dari Maya Bencana sangat gemar mempermainkan manusia di dunia. Suatu hari dia bercadang mahu mempermainkan Sinbad. Baginya Sinbad adalah musuh utama kerana setiap kali belayar, Sinbad dapat mengharungi dan menewaskan segala bencana yang dialaminya ketika di lautan.

Dewi Bencana telah menyamar sebagai Sinbad dan mencuri Kitab Damai kepunyaan Raja Mikraj. Sinbad telah ditangkap dan dituduh mencuri Kitab tersebut dengan bersaksikan pengawal istana. Sinbad menerangkan Dewi Bencana yang punya angkara, malangnya tidak dipercayai oleh Raja Mikraj, iaitu ayahanda Putera Zariq. Sinbad dijatuhkan hukuman.

Atas rasa persahabatan yang sangat kuat, Putera Zariq mempercayai kata-kata Sinbad. Dia dibebaskan dengan syarat harus belayar ke Maya Bencana untuk mendapatkan kembali Kitab Damai tersebut sebagai membuktikan kebenaran kata-katanya. Sebagai ganti, Putera Zariq sedia menjalani hukuman untuk sementara dengan jaminan sekiranya Sinbad tidak berjaya, baginda sedia dihukum.

Puteri Nursaibah, sahabat Putera Zariq tidak mempercayai kejujuran Sinbad, lalu mengekorinya dalam pelayaran. Sepanjang pelayaran itu berbagai cabaran dilalui dan segalanya dapat ditempuhi dengan semangat kerjasama dan saling mempercayai walau pun sebenarnya Sinbad telah ditawarkan upah berganda oleh Puteri Nursaibah.