CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

21 Ogos, 2008

Kenangan 21 Ogos


Hari ni kami menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke 4 dan hari perkenalan kami yang menginjak tahun ke 10. Masih ku ingat,Haris sewaktu mahu menjalin hubungan yang serius, menghadiahkan aku seutas rantai bertag "I LUV U" di KFC Teluk Intan sebelum aku pulang mengajar di Gunung Semanggol waktu itu.
Pohonnya,jawapan dariku diharap dapat menjadi hadiah harijadinya yang ke 19 selang beberapa hari kemudian.Aku sedikit kaget tetapi masih mendiamkan diri melihat rantai bertulisan luarbiasa dan aku tak jangka...
Sehingga sekarang,aku masih menyimpan rantai tersebut dan sesekali pulang ke kampung, khazanah itu pasti ku buka dan ditunjukkan kepada Ilman...
Abang, saya sayang abang tau!!!

P/S: Saya akan ke USM Kelantan menjadi juri storytelling selama 2 hari bermula 22-24 Ogos.Out lagi...

2 komentar:

cendawanintim berkata...

hepi anniversary...

tambah baby lagik yer..

aeropama dot com berkata...

gila romantik... hepi anniversary