CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

08 Julai, 2008

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau"(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titian Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih...
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman...
RAMADHAN bulan menuai...

REJAB menyucikan badannya...
SYA'ABAN menyucikan hatinya..
RAMADHAN menyucikan rohnya..

REJAB bulan taubat..
SYA'ABAN bulan muhibbah..
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan..

5 komentar:

Kak Ina berkata...

Assalamualaikum Liza,
Banyak ilmu kat blog Liza ni. Kak Ina link kan dengan blog Kak Ina boleh ye. Mudah2an dapat sama2 kongsi ilmu yg ada tu.

ahmoi berkata...

salam akak..salam jalan2 layari blog.hehehe..ermmmm..bulan rejab memang bagus.menginsafkan kita sebagai menusia

Badrul Aini Sha'ari berkata...

salam perjuangan...

sedikit teguran daripad ana, nti harus check dahulu darjat kesahihan hadis ini sebelum di'publish'kan.

kalau tak salah ana ini adalah hadis palsu yakni Nabi tidak pernah mengatakan hadis ini sewaktu hayat baginda...

niat nti memang baik utk menggalakkan org ramai berpuasa Rejab tetapi haruslah menggunakan hadis2 sahih...

wallahu a'lam...

nazrin berkata...

salam...

saudari,harap maaf dgn sedikit teguran dari saya...

niat saudari mgkn baik iaitu untuk mengajak org ramai supaya melakukan amal ibadah di dalam bulan rejab...

tetapi,saudari perlu tahu bahawa menyandarkan sesuatu perkara ibadah yg direka dengan mengatakan bahawa ianya digalakkan oleh Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam adalah salah satu bentuk pendustaan terhadap Nabi sebagaimana sabda Nabi Sallallahu Alayhi Wasallam dalam hadis Sohih,"barangsiapa yang berdusta ke atas namaku dengan sengaja,maka dia telah menempah tempat duduknya di neraka"riwayat bukhari dan muslim.

Saya yakin saudari tidak sengaja dalam hal ini. Sebagai tambahan juga,majoriti ulama' mengatakan bahawa tiada keistimewaan bulan rejab melainkan bulan rejab ini termasuk didalam bulan-bulan haram yang empat,iaitu rejab,zulqaedah,zulhijjah dan muharram.

Begitu jugalah halnya dengan peristiwa Isra' Mi'raj yang byk perbezaan pendapat ulama' dalam menetapkan tarikhnya sebagai 27 Rejab,bahkan tarikh 27 Rejab merupakan tarikh yang paling tidak tepat. Harap saudari boleh merujuk kepada ahli dalam ilmu sirah dan hadis. Cuma pesanan saya agar saudari lebih berhati-hati dalam menyandarkan sesuatu perkara kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wasallam..

Wallahu A'lam...

~nazrin~

IdzaRis berkata...

terima kasih nazrin dan badrul aini.
teguran membina kalian membuat yg dhaif ini lebih berhati2..