CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

26 Jun, 2008

Yang mana satu,anda?

Penggunaan hp kini mmg sgt meluas..Tgk kanan, ada..tgk kiri ada..hatta bebudak sekolah yg kecik cinonet juga dibekalkan oleh makbapak hp..canggih tu kekadang lebih dari kita yg bekerja...
Jom kita intip apa maksud pilihan nada dering seseorang,nak?

1. Standard - orangnya sederhana.

2. R&B - Dia seorang yg menyeronokkan ,mudah bergaul.
Kepercayaan diri yg tinggi,tp egois.

3. Pop - Karektornya cool, tenang dan panas baran.

4. Dangdut - Individu yg bersifat humor,namun agak lurus bendul.Jarang serius dgn
sesuatu perkara.

5. Rock - Karektor diri yg kuat,spontan dan selamba. Kekadang,romantik juga..

6. Nasyid - kurang terbuka,alim tapi serius.Semua perkara dilakukan sesungguh
hati.Emosi terjaga.

7. Rakaman suara sendiri/keluarga - kreatif dan inginkan sesuatu yg
istimewa.Berani tampil berbeza.Tidak gentar kpd benda baru tp
egoistik.

8. Dance music - Penampilan memikat,pandai mengambil perhatian dan romantis.

17 Jun, 2008

Aktiviti sempena Hari Seniman




PNM DENGAN BANGGANYA MENJALANKAN AKTIVITI APRESIASI SENI PENULISAN DAN SASTERA

MASA :10.00 pagi - 11.00 pagi ( DEMONSTRASI BERSAMA ILLUSTRATOR BUKU KANAK– KANAK OLEH SAUDARA YUSUF GAJAH )
11.00 pagi – 12.00 tengahari ( AKTIVITI MEWARNA KANAK- KANAK )
TEMPAT :Teater Kanak-kanak,

JEMPUT RAMAI- RAMAI..MASUK PERCUMA DAN JAMUAN TENGAHARI DISEDIAKAN.

10 Jun, 2008

Aktiviti Galakan Membaca

JEMPUTAN KE AKTIVITI ”MONOLOG TEATER KONTEMPORARI”

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pinjaman, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan mengadakan satu aktiviti khusus untuk para remaja dan dewasa pada ketetapan yang berikut:

Tarikh : 14 Jun 2008 (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Teater Kanak - kanak, Aras Bawah,Perpustakaan Negara Malaysia


Untuk pengetahuan,Aktor dan Sutradara Teater dari Indonesia iaitu Saudara Wawan Sofwan akan menunjukkan bakat dan kemahirannya dalam bidang teater bersama- sama pendengar.

Jamuan makan tengahari disediakan. Sila daftarkan nama bpjmd@pnm.my atau Pn. Ayu 03-26871850.

09 Jun, 2008

nak jimatkan minyak?

HANYA VIDEO MENCERITAKAN SEGALANYA...
video

06 Jun, 2008

Belacan? ooo.. i tak makan!!


Belacan ni kan keju orang Asia (macam kita)..aku paling tak suka bila aku mkn sambai belacan dgn penuh khusyuknya dan org sebelah bleh kata..au..busuk,I tak makan belacan nih...

Pada aku,belacan ni pembangkit selera.dlm sambal,air asam hatta kangkung goreng,belacan tak penah dilupakan..dengan nasik panas, ikan goreng,sambal dan ulam (kalu dapat petai ker..ngam hoo!!)sure nama bos pung,aku bleh lupa..

apa yg korang perlu tahu adalah:
1. nama belacan dari pertogis iaitu 'balcao' - yg dieja 'balichao'
2. belacan yg blom dibuka bngkusan,tak perlu disimpan dlm peti sejuk.Bila dah
terbuka plastik/kertasnya,kita kna simpan dlm bekas kedap udara dan disejukkan
utk tahan lebih lama.
3. Belacan ada tiga gred.Jgn ingat tudung jer ader kelass2 nya eh?:
-gred 1:diperbuat dr udang geragau @ udang putih.Berwarna putih.
-gred 2:diperbuat dr udang kecil & ikan bilis.Berwarna gelap.
-gred 3:diperbuat dr pelbagai jenis ikan kecil. Berwarna hitam.



Oleh itu,para ibu2..kawan2..keaslian sesebuah hidangan dijamin dengan kebersihan,penggunaan dan pilihan belacan yg tepat bagi menjamin kualiti.
jgn tau makan jer,occay?

05 Jun, 2008

Petua Rezki


Punca Masalah Sempit Rezeki:
1. Tidak mengingati Allah swt
2. Meninggalkan solat 5 waktu
3. Enggan membayar zakat
4. Derhaka kepada ibu-bapa
5. Mengelak melangsaikan hutang (jika berhutang)
6. banyak dosa besar
7. Makan harta riba
8. Makan harta anak-yatim
9. Suka berbohong/ menipu
10. Terlibat dgn rasuah (memberi atau menerima)
11. membiarkan ahli keluarga derhaka
12. Cuai ketika membuang air kecil (ini beliau khususkan jika orang lelaki - jangan membuang air kecil sambil berdiri: mengikut kajian sains, kencing
berdiri akan menyebabkan pelupa,sakit batu karang, etc...dan beliau
menambah..."burung2 susah nak terbang" - ini kata-kata beliau sendiri
ya...kalau tak faham tanyalah Dato'Fadzillah Kamsah...hehehe)

13. Sorok/kedekut ilmu (iaitu orang yg berilmu tapi tidak mahu
berkongsi/mengajar orang lain)
14. Suka mengadu-domba
15. Suka menabur fitnah


Petua Menambah Rezeki:
1. Patuh perintah Allah & banyakan berdo'a
2. Banyakkan bermunajat kepada Allah - di waktu malam
3. Taat/patuh kpd orang tua
4. Banyakkan membaca Al-Qur'an setiap hari (Imam Al-Ghazali ada menyebut 4 perkara : solat, berdoa dan zikir, membaca Al-Qur'an dan bertafakur
mengingati Allah)
5. Selalu lakukan solat Taubah dan istighfar tiap2 malam (dengan bertaubat hati
akan menjadi bersih, hati yang bersih akan menarik rezeki)
6. Melakukan Solat sunat Isra' dan solat sunat Dhuha (pintu rezeki terbuka -
masalah selesai - hati menjadi lapang)
7. Tawakkal kepada Allah
8. Banyak bersedekah dengan ikhlas
9. Menolong orang miskin/anak yatim / dan mereka yang menyambung pelajaran
10. memberi makan kpd binatang dengan ikhlas
11. Menunaikan haji dan umrah
12. Membentuk silaturrahim
13. Berumahtangga (bagi yg belum)
14. Berhijrah ke Jalan Allah
15. Amalkan doa-doa utk murah rezeki (Al-Ikhlas, Al-Waqiah, Al-Kauthsar, Al-
Fatihah, doa dlm AL-Mathurat...)

04 Jun, 2008

Ketawa..terapi hidup!

Aku terbaca lawak ni tadi dalam salah satu blog berkenaan perkahwinan dengan seorang “programmer” . Menurut kata penulis,kita perlu fikir semasak-masaknya sebelum menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.



Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) “Selamat malam sayang, sekarang saya logged in.”


Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?


Suami : Bad command or filename.


Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!


Suami : Errorneous syntax. Abort?


isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa….. Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?


Suami : Variable not found…


Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.


Suami : Sharing Violation. Access denied…


Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.


Suami : Too many parameters…


Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.


Suami : Data type mismatch.


Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.


Suami : It’s by Default.


Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?


Suami : File in use … Try later.


Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?


Suami : Unknown Virus.


abis....
nasib baik aku berkahwin dgn pegawai sistem maklumat not this type..alhamdulillah!!