CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

25 April, 2008

3 in 1

Notis Pemberitahuan
Adalah dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia dalam proses membina bangunan tambahan yang akan bermula pada 29 Mac 2008 (Sabtu) sehingga September 2009.
Kerja-kerja pembinaan ini menyebabkan parkir kereta berkurangan. Oleh yang demikian semua pengunjung dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam seperti teksi dan bas RapidKL bernombor B114 untuk datang ke Perpustakaan Negara Malaysia.
Seandainya tuan/puan mempunyai sebarang kemusykilan, sila hubungi Pegawai Perhubungan Awam di talian 03-2687 1916 atau 03-2693 4719. Sebarang kesulitan amat dikesali.
Terima kasih.

BAGAIMANAPUN,
Jom ramai-ramai ke program kami, juga Program Let's Read Together dan Pesta Ria PNM

CERDIK CERIA KANAK-KANAK BERSAMA ASUH
Bengkel Pengucapan Awam (Terbuka)
Pertandingan Membaca Cerita (7-9 tahun) - PENUH
Pertandingan Membaca cerita (10-12 tahun) -PENUH
Mewarna (7-9 tahun) - PENUH
Mewarna (10-12 tahun)
Petah Jawi (Terbuka)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Ayu - 03-26871850
(ayu@pnm.my) bagi sebarang pertanyaan.

Penampilan Istimewa:
Kumpulan Rabbani

Tarikh : 26 April 2008 (Sabtu).
Masa : 10.00 Pagi - 4.00 Petang.
Tempat : Perpustakaan Negara Malaysia,
232 Jalan Tun Razak,
50572 Kuala Lumpur.

4 komentar:

awein berkata...

dasat hg no masuk edutv hehehhe glamor abis

nasazfrog... berkata...

klu wani dah beso memang nak ajar dia pegi library.. nak dia jadik org yang berguna di satu mase nanti ,,, cewah berangan dulu nih..

kakakdegil berkata...

kalau nak pegi perpustakaan negara ni
parking kat mana eh?

idza berkata...

kakak degil ( harap tak degillah..ini hanya nama kan?)
PNM bleh parking kat dalam area parking lama lagi,cuma jumlahnya agak terhad.first come first serve lah...tp bagi yg nak ke Bahagian Pinjaman ( saya punya dept.), boleh parking di Wisma Sejarah..ada byk lot parking tp kna bayar RM3 per entry.