CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

25 April, 2008

3 in 1

Notis Pemberitahuan
Adalah dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia dalam proses membina bangunan tambahan yang akan bermula pada 29 Mac 2008 (Sabtu) sehingga September 2009.
Kerja-kerja pembinaan ini menyebabkan parkir kereta berkurangan. Oleh yang demikian semua pengunjung dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam seperti teksi dan bas RapidKL bernombor B114 untuk datang ke Perpustakaan Negara Malaysia.
Seandainya tuan/puan mempunyai sebarang kemusykilan, sila hubungi Pegawai Perhubungan Awam di talian 03-2687 1916 atau 03-2693 4719. Sebarang kesulitan amat dikesali.
Terima kasih.

BAGAIMANAPUN,
Jom ramai-ramai ke program kami, juga Program Let's Read Together dan Pesta Ria PNM

CERDIK CERIA KANAK-KANAK BERSAMA ASUH
Bengkel Pengucapan Awam (Terbuka)
Pertandingan Membaca Cerita (7-9 tahun) - PENUH
Pertandingan Membaca cerita (10-12 tahun) -PENUH
Mewarna (7-9 tahun) - PENUH
Mewarna (10-12 tahun)
Petah Jawi (Terbuka)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Ayu - 03-26871850
(ayu@pnm.my) bagi sebarang pertanyaan.

Penampilan Istimewa:
Kumpulan Rabbani

Tarikh : 26 April 2008 (Sabtu).
Masa : 10.00 Pagi - 4.00 Petang.
Tempat : Perpustakaan Negara Malaysia,
232 Jalan Tun Razak,
50572 Kuala Lumpur.

11 April, 2008

kenangan semalam-PBAKL

dengan Adiputra ( actually ramai artis kat situ - shooting)

Dengan KBPjm yang sempoi...( dok ralit main henpon)

Dengan member satu batch-Kak Duni



Dengan pelakon watak "crook' - Abu Bakar Juah


10 April, 2008

DI PESTA BUKU


Booth PNM


Suasana dalam Dewan Tun Razak 2 (belakang sungai)


Apa khabar semua?harapnya kalian sehat disamping kerja2 seharian, anak2 dirumah dan persekitaran yg byk menyumbangkan kepada pengaruh stress.

Awal minggu ini aku sangaaaaaaaaaaat sibuk terutama di PBAKL 08 yg berlansung di PWTC..Aku duty di booth PNM 2 kali, Isnin & Jumaat ini. Pada ketika ini juga, aku berpeluang berjumpa dengan semua kawan2 pustakawan seluruh negara dimana kami semua berpesta juga untuk memilih bahan (printed & non printed) utk menambah koleksi perpustakaan masing-masing. Seusai membuat tugasan, kami lunch di Pan Pac juga utk melepas lelah..Terima kasih kepada Syarikat Intra Bakti kerana menjamu kami..alhamdulillah,kenyang yg teramat sangat...

Pada aku,kebanyakan kontraktor buku juga tersengih memanjang dek jadual yg padat utk membawa pegawai2 ini membuat books selection.Yang bermuram durja pula..pustakawan yg kementerian/jabatan/institusinya tidak mempunyai bajet yg tinggi untuk pembelian/perolehan baru. Kepada kawan2 kat maktab tu, sabarlah yer...korang kan dah selalu berjalan...hehehehe!!!!



08 April, 2008

Anda stress???


SILA JAWAB YA ATAU TIDAK KEPADA SOALAN DI BAWAH.


  1. Adakah anda merasa gembira apabila anda terlalu sibuk?

  2. Adakah diary hujung minggu anda penuh?

  3. Adakah anda didesak/terdesak untuk bekerja bekerja sekalipun anda sakit?

  4. Adakah anda berpeluang menonton rancangan tv kegemaran anda dalam jangkamasa 1@2 minggu terkebelakang?

  5. Adakah anda rasa berbaloi apabila menyelesaikan sesuatu tugasan?

  6. Adakah masa lapang anda dapat dikongsi bersama org yg tersayang?

  7. Adakah anda cukup tidur, rehat,teratur makan minum serta beribadat?

JIKA ANDA LEBIH BANYAK MENJAWAB 'YA', ANDA DISARANKAN AGAR MUHASABAH DAN PERIKSA SEMULA GAYA HIDUP ANDA. APABILA ANDA MENJAWAB LEBIH BANYAK 'TIDAK' , ANDA MEMPUNYAI GAYA HIDUP YG BERKUALITI DAN TERATUR. (cam tak caya jer..aku ingat aku stress..rupanya yg no. 2, aku ler tuh!!!)

04 April, 2008

Not in a good mood..

Assalamualaikum dan salam perpaduan untuk semua...
Nampak gayanya, aku seolah hilang fokus sepanjang hujung minggu yang lepas dan minggu ni kerana:
1. Aiyak..mood instability lah..
2. Sudah berturut 5 minggu utk weekends aku tak dapat berehat (aktiviti PNM,duty Kaunter).
3. Terlalu berfikir tentang suatu isu (e.g Sufiah)... Penat dan malunya Islam!
4. Rasa macam otak dah penuh..nak rilex jap!
5. Ilman selsema, batuk..Haris lak terkepit pintu..
6. Pengarah carik aku, bincang itu ini (maklumlah Ketua Bahagian Pinjaman takder)..penyanyi Lyn (IKIM) pun keep on asking me pasal promotion album dia di PNM. penin lah!!!
7. Duty Pesta Buku lak kat PWTC ari Isnin & Jumaat depan.sampai mlm yo..
8. Tak bleh concentrate tgk BELLA- TV3 sbb Ilman selalu ganggu..
9. Nak gi carboot sale kat stadium Shah alam tp tak boleh,ade hal
10. Nak balik rumah, mau tido!


ada sesapa bleh bagi suggestion utk redakan stress???