CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

19 Februari, 2008

Pesta buku Antarabangsa KL 2008


April akan tiba dalam sebulan lebih lagi..PNM pastinya akan sibuk bila tiba tarikh ini.Pustakawan akan berjumpa semua rakan-rakan seluruh negara di sana setelah penat membuat book selection bagi perolehan akan datang.Kontraktor buku, senyum memanjang...masssyukkkk.... sebab satu pameran dan jualan gah yang patut dikunjungi penggemar serta ulat buku ialah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008.

Bermula 27 tahun dahulu pesta buku ini dikelolakan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Persatuan Penerbit Buku Malaysia, Persatuan Kontraktor Buku Malaysia, Persatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia, Persatuan Penjual Buku Malaysia dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia.

Pada tahun ini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (http://www.klibf.com/) akan diadakan dari 4 April sehingga 13 April 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra. Pesta yang merupakan acara tahunan ini dibuka untuk kunjungan dari pukul 10.00 pagi hingga 7.00 petang bagi hari Isnin hingga Khamis, dari pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam bagi hari Jumaat hingga Ahad termasuk hari cuti umum.

Di samping pameran dan jualan buku terdapat juga pelbagai aktiviti yang sudah dirancangkan untuk pengunjung dan pelawat dagang industri buku seperti program kanak-kanak, seminar, forum, taklimat, dialog dan pelancaran buku baru.Masuk adalah percuma ..jgn risau...

Sekiranya pembaca mempunyai kelebihan/ bakat contohnya deklamasi sajak, puisi, syair, menyanyi dan sebagainya..jgn pendamkan bakat anda. Perlu di ingat, ini bukan altenatif kpd AF6 yer...semuanya bertujuan untuk mempromosikan membaca sebagai gaya hidup masyarakat.Jgn malu-malu utk menghubungi En. Mohd Zamri Ibrahim, Coordinator, Event n Activity di talian 016-2558582 atau aktiviti@klbookfair.com utk keterangan lanjut.

Marilah sama-sama kita menambahkan ilmu dengan membaca. Bagi menambah minat kepada buku, cuba kita berikan buku sebagai hadiah menggantikan permainan dan barangan lain semasa sambutan hari jadi dan seumpamanya. Semoga ini dapat membantu meningkatkan tabiat suka membaca dikalangan rakyat Malaysia.