CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

13 Februari, 2008

Keloid? apa dia?



aku mempunyai keloid di lengan kiri sejak berumur 12 tahun selepas mendapat suntikan BCG. Apa yang merunsingkan aku ialah keloid kini semakin membesar. Ia berukuran dua inci panjang dan lebar 1.5 inci. aku selalu bertanya...kenapa masalah ini boleh berlaku sedangkan kawan-kawan lain yang juga menerima suntikan BCG tidak berhadapan dengan masalah itu. Adakah ia boleh dirawat?


Esok,insyallah aku akan lakukan suntikan steroid ke dalam keloid..rasa takut dan seram tetap ada wp hati keras mengatakan yang aku mesti kuatkan semangat.Sebenarnya, aku dah penah postpone appoinment dgn doktor sebab hari yg patut aku pegi cucuk,tetiba abah lak kna masuk hospital.aku balik Teluk Intan untuk jaga abah for a few days..13 hari kalu aku tak silap..


Suntikan tu akan mengambil masa 6 kali dan setiap suntikan akan dilakukan dalam masa 6 minggu..kita tunggulah..menurut doktor pakar di swasta,rasa sakit/sengal pada tangan akan menyebabkan keupayaan seseorang pada hri tersebut berkurangan..tp kata doktor di GH, alah..rilex ajer..pas cucuk..boleh balik umah sendiri...

aku pun tak pasti..nak tau jawapannya, tunggu hari jumaat atau isnin sebab kalu aku tak dtg jumaat sebab deman etc...korang taulah,suntikan tu memang memeritkan..pray for me,yeah!!!



Info:



Pembentukan parut pada kulit adalah sebahagian daripada proses penyembuhan semula jadi kulit selepas luka atau kecederaan pada kulit. Pelbagai faktor mempengaruhi bagaimana parut terbentuk.
Antara faktor itu ialah kedalaman dan saiz luka, lokasi kecederaan, usia, keturunan, jantina dan kumpulan etnik. Jenis parut yang boleh mencacatkan kulit dan menyebabkan perasaan kurang selesa pula ialah parut hipertropik dan keloid. Parut hipertropik adalah parut yang mengelembung seperti keloid tetapi tidak melepasi sempadan luka atau kecederaan asal, sebaliknya, keloid adalah tisu parut menonjol dan membesar secara tidak teratur serta melangkaui sempadan luka atau kecederaan yang asal. Mengenali ciri-ciri keloid:
Kelihatan seperti parut menonjol dan keras seperti nodul atau 'plak'. Berlaku pada depan dan belakang dada, kuping telinga dan atas lengan.

Insiden lebih kerap dicatatkan di kalangan mereka yang berumur antara 20 hingga 40 tahun. sebenarnya ada pelbagai cara rawatan yang boleh digunakan untuk merawat keloid. Krim atau gel silikon (silicone sheet) boleh digunakan untuk rawatan keloid terutama yang masih baru terbentuk. “Pressure garment” atau pakaian ketat juga boleh membantu menghalang pembesaran keloid. Cara yang lebih kerap digunakan dalam merawat keloid adalah suntikan steroid ke dalam keloid. Bergantung pada saiz dan ketebalan keloid, ada individu yang memerlukan hanya sekali suntikan. Ada juga yang memerlukan beberapa suntikan, Rawatan ini mampu membuatkan parut keloid mendatar. Kiroterapi yang menggunakan cecair nitrogen juga boleh digunakan untuk merawat keloid yang kecil. Selain itu, ia juga digunakan untuk melembutkan keloid yang besar dan tebal sebelum suntikan steroid diberikan. Satu lagi kaedah rawatan keloid adalah menerusi pembedahan.


Biasanya, pembedahan menjadi rawatan pilihan untuk membuang keloid yang besar dan tebal. Selalunya rawatan susulan seperti rawatan dengan radioterapi yang lembut atau penggunaan ubat seperti silikon dan sebagainya atau pakaian yang ketat perlu dilakukan selepas pembedahan. Ini bagi memastikan keloid tidak tumbuh semula. Pembedahan laser juga boleh digunakan dengan rawatan susulan seperti pembedahan supaya keloid tidak berulang. Juga disarankan supaya berjumpa doktor pakar kulit untuk mendapatkan rawatan yang sesuai dengan masalah keloid .


Disediakan oleh :
Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, Pakar Perubatan Am dan Dermatologi, DEMC, SHAH ALAM.

2 komentar:

shopforshoppers berkata...

Haliza...

Very interesting blog u've....
Rajinnya menulis.. syabas! teruskan,
akak akan selalu singgah kesini..

Tanpa Nama berkata...

so apa perkembangan?keloid dh ok ke?