CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

27 Februari, 2008

generasi pertama & keempat...


Inilah rupa anak teruna kesayangan kami Muhammad Zidni Ilman b. Haris dan nenda yang terchenta, Hjh. Fatimah Hj. Ali..

aku suka sgt tengok benda ni sebab seolah2 ada cerita disebalik gambar..rakaman kisah hidup seorang manusia yang hijau dan baru nak bermula dengan orang berpengalaman dan banyak mkn aji -no-moto terlebih dahulu dari kita...

25 Februari, 2008

Cerita Seorang Melayu Berjaya


Kejayaan yang dikecapi Najmil Faiz ( anda kenal siapa dia?) bukanlah dengan jalan yang mudah. Beliau telah mengorbankan usia muda dan keseronokan demi mencapai kejayaan. Pada pendapat beliau, sebagai manusia dan orang Melayu, beliau mesti membuktikan keupayaan beliau biarpun beliau terpaksa merangkak sekalipun. Agenda untuk bangsanya cukup besar. Pendidikan menjadi satu-satunya aset tidak ternilai untuk kejayaan sesebuah bangsa. Beliau tidak boleh terima orang memandang rendah bangsa Melayu dan menganggap Melayu kurang asam, malas berfikir dan tiada daya saing.


Najmil Faiz Mohammed Aris, pemuda berasal dari Ipoh, Perak ini mencapai kejayaan setelah 'tersedar' daripada keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan pangkat tiga. Selepas itu, beliau pernah bekerja di stesen minyak dan merasakan dirinya selalu dipandang rendah. Beliau pernah berasa malu dan tertekan kerana kegagalan, namun beliau berazam untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara seper ti abangnya. Disitulah permulaan dirinya yang baru. Kemudian beliau bekerja dengan sebuah firma di Kelantan untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO), di Batu Pahat dan pada tahun 2000 beliau melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda kejuruteraan dan seterusnya ke peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) di Universiti Metropolitan di Leeds. Di sana, beliau terpaksa bertungkus-lumus bekerja sambil belajar sehingga tidur hanya dua tiga jam sehari. Pada waktu rehat tengah hari, sementara menunggu kuliah petang, dia bekerja.


Semua jenis kerja keras dilakukan beliau termasuk mencuci bangunan dan mengangkut barang semata-mata bagi menampung kos pengajian dan sara hidup. Semasa menceritakan pengalamannya di majlis pelancaran bukunya di Perpustakaan Negara,Kuala Lumpur, pada sedikit masa lalu..beliau berkata bahawa tiada istilah penat dalam diri beliau dan beliau kerap tidak tidur malam mengulangkaji pelajaran. Beliau menambah lagi bahawa bukan mudah untuk beliau sampai ke tahap ini, sehingga untuk belajar bahasa Inggeris pun beliau terpaksa bertungkus lumus. Di dalam majlis tersebut, terlihat kesyahduan wajah kepuasan beliau dan menampakkan keyakinan untuk mencapai kecemerlangan dalam pengajiannya yang berakhir kelak.


Pada 14 Mac 2005 yang lalu, beliau mencipta sejarah pelajar Malaysia yang pertama diberi penghormatan dan pengiiktirafan untuk membentangkan kajian beliau "Micro Machine Process" kepada anggota Parlimen UK di London dan memenangi anugerah "The Best Research of Good Prospect (2005)". Beliau membentangkan kajian mengenai Proses Mikro dan Kejuruteraan Nano selama 15 minit. Najmil tidak menghampakan apabila anggota Parlimen yang hadir bukan sahaja amat berminat dengan ideanya tetapi juga memberikan galakan kepadanya untuk meneruskan kajian beliau yang membabitkan "Nano" dan "Micro Machine Process".


Najmil yang terpilih sebagai antara pelajar Asia paling cemerlang, berjaya membuka mata industri United Kingdom terhadap kebolehan rakyat menerusi inovasi yang dihasilkan. Beliau berhasrat untuk mengembangkan hasil kajian beliau di Malaysia agar Malaysia dapat bersaing dengan negara lain menjelang 2020. Beliau muncul sebagai salah seorang rakyat Malaysia termuda memiliki PhD, sekali gus memulakan kerjaya barunya sebagai pensyarah di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) di Batu Pahat, Johor.


Beliau berazam untuk berkongsi pengetahuan dan teknologi yang dikumpulkannya sejak berada di UK dengan rakyat Malaysia termasuk pelajar-pelajar KUiTTHO apabila kembali ke tanah air sebagai seorang pensyarah. Memegang pepatah Melayu, ``Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri'', Najmil menolak ganjaran tinggi yang ditawarkan oleh industri di UK. Najmil Faiz Mohamed Aris adalah contoh intelek muda negara yang mampu mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.


Najmil Faiz adalah seorang idola rakyat Malaysia dan Bangsa Melayu tentunya....


21 Februari, 2008

BENGKEL PENULISAN KREATIF






BENGKEL PENULISAN KREATIF
Anjuran Bahagian Pinjaman
dengan kerjasama Bahagian Penerbitan
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
PERCUMA


Pilihan tarikh : 22 Mac 2008 ( Sabtu)
Tempat : Bilik Serbaguna, Aras 1,
Perpustakaan Negara Malaysia
Masa : 9.00 pg- 4.30 ptg
Penulis Jemputan : Pn. Anis Ayuni (novelis dan guru)
Pn. Norzailina Nordin (novelis dan pakar masakan)

Matlamat
a. Meningkatkan penghayatan terhadap karya sastera kreatif
b. Mengasah dan mencungkil bakat menulis dengan mempelajari teknik asas menulis cerpen /novel yang menarik dan bermutu
c. Memahami proses dan teknik mengarang secara kreatif
d. Berupaya mengarang dengan baik terutama penerapan pada permulaan dan pengakhiran cerita
e. Melahirkan minat masyarakat terhadap bidang penulisan

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan, sila hubungi Pn. Norhasliza, Penolong Pengarah Bahagian Pinjaman ( norhasliza@pnm.my) 03-26871743/Pn. Ayu, Pemb. Tadbir Rendah, Bahagian Pinjaman ( ayu@pnm.my) 03-26871850 atau faks 03-26810016.

Terima kasih.

19 Februari, 2008

Pesta buku Antarabangsa KL 2008


April akan tiba dalam sebulan lebih lagi..PNM pastinya akan sibuk bila tiba tarikh ini.Pustakawan akan berjumpa semua rakan-rakan seluruh negara di sana setelah penat membuat book selection bagi perolehan akan datang.Kontraktor buku, senyum memanjang...masssyukkkk.... sebab satu pameran dan jualan gah yang patut dikunjungi penggemar serta ulat buku ialah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008.

Bermula 27 tahun dahulu pesta buku ini dikelolakan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Persatuan Penerbit Buku Malaysia, Persatuan Kontraktor Buku Malaysia, Persatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia, Persatuan Penjual Buku Malaysia dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia.

Pada tahun ini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (http://www.klibf.com/) akan diadakan dari 4 April sehingga 13 April 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra. Pesta yang merupakan acara tahunan ini dibuka untuk kunjungan dari pukul 10.00 pagi hingga 7.00 petang bagi hari Isnin hingga Khamis, dari pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam bagi hari Jumaat hingga Ahad termasuk hari cuti umum.

Di samping pameran dan jualan buku terdapat juga pelbagai aktiviti yang sudah dirancangkan untuk pengunjung dan pelawat dagang industri buku seperti program kanak-kanak, seminar, forum, taklimat, dialog dan pelancaran buku baru.Masuk adalah percuma ..jgn risau...

Sekiranya pembaca mempunyai kelebihan/ bakat contohnya deklamasi sajak, puisi, syair, menyanyi dan sebagainya..jgn pendamkan bakat anda. Perlu di ingat, ini bukan altenatif kpd AF6 yer...semuanya bertujuan untuk mempromosikan membaca sebagai gaya hidup masyarakat.Jgn malu-malu utk menghubungi En. Mohd Zamri Ibrahim, Coordinator, Event n Activity di talian 016-2558582 atau aktiviti@klbookfair.com utk keterangan lanjut.

Marilah sama-sama kita menambahkan ilmu dengan membaca. Bagi menambah minat kepada buku, cuba kita berikan buku sebagai hadiah menggantikan permainan dan barangan lain semasa sambutan hari jadi dan seumpamanya. Semoga ini dapat membantu meningkatkan tabiat suka membaca dikalangan rakyat Malaysia.

18 Februari, 2008

hari minggu n a hectic monday..

assalamualaikum dan salam perpaduan utk semua.
jumpa lagi kita hari ini..cantik yer tarikh ni 18/02/2008..hari isnin untuk memulakan kerja yg belum lunas dipejabat. hari sabtu lepas aku bekerja..seharian dari jam 10 am to 7pm.wah,penat giler..balik kerja tak masak tros g keramat bli makanan.balik umah,tetibe haris ajak g carboot sale kat stadium shah alam.wuiiiyoooo..manyak syok ooo...
apa barang aku nak beli ha?ooo yer,sweater utk Ilman yg kesejukan bila g joint xtvt kat opis aku..betuila anak aku ni tokleh duk luar negara..baru sejuk camtu,dia tak boleh nak tahan..aku dgn semangatnya kunci jam..pukui 6 beb..tak tahan tu..hehegehehee... aku tak sedo pun, akhirnya, haris tutup jam,maka lagilah lambat kami bangun...
siap2 masak utk adam (pak tam) ilman, kami breakfast dan tanpa mandi, kami pun memulakan perjalanan.line clear sampai SA ( yg aku dah bertahun2 tak g jengok tempat belajar a.k.a tempat berchenta kitaorg )
sayupppppppppp jer tgk booth2 jualan..ramai org,byk gerai..boleh rambang mata ni..nasib blom gaji...dapatla 2,3 brg yg berkenan dihati so kami balik.si tecik ni lak,ntah camna..jalan tak tengok betui2..tergolek dog kat atas tar..lukalah..apalagi...kepala takde papa rasenyer...
singgah jap kat TESCO,singgah lunch umah makteh pekena ikan portugis...balik n tido...kui 5 dapat berita yg opismate mama dah bersalin kat pusrawi sebelah opis kami.Tahniah buat Mama Sofia n Papa Azli..baby boy yg tak cukup bln sebab baru 7 bln,dah tak sabo nak tgk dunia...
harini pengarah sms,hasliza..jgn cuti sbb awak kna menanggung kerja Sofia..
ok bosssssssssss!!!
benci..benci..benci...
keje aku makin byk!!!!!!!!!

16 Februari, 2008

ingatan untuk semua..

kita boleh ramah, tapi pantang berkasar,kita boleh marah,tapi ketawalah,
jgn hilangkan senyuman. kita pasrah miskin,tp jauhkan diri keinginan mengemis..
org yg kehilangan wang, cuma rugi harta benda.tapi org yg hilang amanah,dia rugi harga diri.....

13 Februari, 2008

Keloid? apa dia?



aku mempunyai keloid di lengan kiri sejak berumur 12 tahun selepas mendapat suntikan BCG. Apa yang merunsingkan aku ialah keloid kini semakin membesar. Ia berukuran dua inci panjang dan lebar 1.5 inci. aku selalu bertanya...kenapa masalah ini boleh berlaku sedangkan kawan-kawan lain yang juga menerima suntikan BCG tidak berhadapan dengan masalah itu. Adakah ia boleh dirawat?


Esok,insyallah aku akan lakukan suntikan steroid ke dalam keloid..rasa takut dan seram tetap ada wp hati keras mengatakan yang aku mesti kuatkan semangat.Sebenarnya, aku dah penah postpone appoinment dgn doktor sebab hari yg patut aku pegi cucuk,tetiba abah lak kna masuk hospital.aku balik Teluk Intan untuk jaga abah for a few days..13 hari kalu aku tak silap..


Suntikan tu akan mengambil masa 6 kali dan setiap suntikan akan dilakukan dalam masa 6 minggu..kita tunggulah..menurut doktor pakar di swasta,rasa sakit/sengal pada tangan akan menyebabkan keupayaan seseorang pada hri tersebut berkurangan..tp kata doktor di GH, alah..rilex ajer..pas cucuk..boleh balik umah sendiri...

aku pun tak pasti..nak tau jawapannya, tunggu hari jumaat atau isnin sebab kalu aku tak dtg jumaat sebab deman etc...korang taulah,suntikan tu memang memeritkan..pray for me,yeah!!!



Info:



Pembentukan parut pada kulit adalah sebahagian daripada proses penyembuhan semula jadi kulit selepas luka atau kecederaan pada kulit. Pelbagai faktor mempengaruhi bagaimana parut terbentuk.
Antara faktor itu ialah kedalaman dan saiz luka, lokasi kecederaan, usia, keturunan, jantina dan kumpulan etnik. Jenis parut yang boleh mencacatkan kulit dan menyebabkan perasaan kurang selesa pula ialah parut hipertropik dan keloid. Parut hipertropik adalah parut yang mengelembung seperti keloid tetapi tidak melepasi sempadan luka atau kecederaan asal, sebaliknya, keloid adalah tisu parut menonjol dan membesar secara tidak teratur serta melangkaui sempadan luka atau kecederaan yang asal. Mengenali ciri-ciri keloid:
Kelihatan seperti parut menonjol dan keras seperti nodul atau 'plak'. Berlaku pada depan dan belakang dada, kuping telinga dan atas lengan.

Insiden lebih kerap dicatatkan di kalangan mereka yang berumur antara 20 hingga 40 tahun. sebenarnya ada pelbagai cara rawatan yang boleh digunakan untuk merawat keloid. Krim atau gel silikon (silicone sheet) boleh digunakan untuk rawatan keloid terutama yang masih baru terbentuk. “Pressure garment” atau pakaian ketat juga boleh membantu menghalang pembesaran keloid. Cara yang lebih kerap digunakan dalam merawat keloid adalah suntikan steroid ke dalam keloid. Bergantung pada saiz dan ketebalan keloid, ada individu yang memerlukan hanya sekali suntikan. Ada juga yang memerlukan beberapa suntikan, Rawatan ini mampu membuatkan parut keloid mendatar. Kiroterapi yang menggunakan cecair nitrogen juga boleh digunakan untuk merawat keloid yang kecil. Selain itu, ia juga digunakan untuk melembutkan keloid yang besar dan tebal sebelum suntikan steroid diberikan. Satu lagi kaedah rawatan keloid adalah menerusi pembedahan.


Biasanya, pembedahan menjadi rawatan pilihan untuk membuang keloid yang besar dan tebal. Selalunya rawatan susulan seperti rawatan dengan radioterapi yang lembut atau penggunaan ubat seperti silikon dan sebagainya atau pakaian yang ketat perlu dilakukan selepas pembedahan. Ini bagi memastikan keloid tidak tumbuh semula. Pembedahan laser juga boleh digunakan dengan rawatan susulan seperti pembedahan supaya keloid tidak berulang. Juga disarankan supaya berjumpa doktor pakar kulit untuk mendapatkan rawatan yang sesuai dengan masalah keloid .


Disediakan oleh :
Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, Pakar Perubatan Am dan Dermatologi, DEMC, SHAH ALAM.

12 Februari, 2008

bz..bz..bz

asalamualaikum dan salam ceria untuk semua...
pagi sebegini, aku mulakan hidup aku dgn bersyukur kepada Tuhan kerna memanjangkan lagi umurku untuk menghirup segarnya udara pagi.
Setibanya di pejabat, aku dah tahu,banyak kerja menanti aku seharian hari ini. Pukui 9 pagi nanti , aku hadir ke Mesyuarat Perkhidmatan Mesyuarat Perkhidmatan PNM dengan agenda:

1. Pemusatan Kumpulan Pakar di tingkat 2 tengah ( malasssssssssssss!!)
2. Pemusatan perkhidmatan Nstp e-media, LawNet dan Blis (tak terlibat)
3. Penglibatan kakitangan dalam aktiviti luar Jabatan Perpustakaan Negara ( aduhhhhhhhhhhh!!!)
4. Ketidakhadiran petugas kaunter ( tak terlibat)
5. Hal-hal lain
Sebelah petang, mesyuarat Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) di Kepala Batas, Pulau Pinang akan aku sertai. Seusai meeting PMS, pengarah mohon pula pegawai di Bahagian Pinjaman (mana ada org lain, hanya aku dan sofia jer ) untuk bincangkan mengenai program/xtvt sepanjang 2008 yang belum diputuskan.
hah..aku tak tahu la samaada ada upaya atau tidak..aku diserang selsema sejak semalam, anak pulak batuk dan selsema..nasib baik Haris ok..so,takdela teruk sgt nak jaga 3 org ( aku,haris n ilman)...Ada juga dalam hati nak e.l ( he..he..he..) jahat ke aku ni?
Good Day, Hasliza!!!!

11 Februari, 2008

Budak baru belajar




Hari ini, baru aku tersedar..dunia dah lansung tiada sempadan..masing-masing berlumba mengejar kemajuan...

Untuk maju, hari ini aku melangkah setapak ke depan dengan memulakan blog aku sendiri.

Harapan aku, aku berjaya maintain blog ni seperti juga fp anak aku yang sering digodek dek husband dan aku sendiri : http://zidnilman.fotopages.com/ supaya sentiasa update walaupun tak selalu...