CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

30 Disember, 2008

Hari Keluarga Hajjah Fatimah Hj. Ali









23 Disember, 2008

Rehlah


huhuuu..
pokcik santa klos akan datang 2,3 hari lagi..sonoknya..bukan sonok nak celebrate,sonok nak cuti panjang...
aku tak amik cuti lama hanya sehingga cuti awal muharam isnin depan..
tapi,yg lagi seronoknya..aku akan ikut hari keluarga nenek aku ( family
aku lah tu bersama sepupu,mak sedara,anak sedara dll)

Dijangka program pada 28 hb di Teluk Rubiah Resort,Manjung bakal dapat sambutan dengan tema kaler kegemaran keluarga,hijau...yg bdk2,sepupu aku sponser baju..
(woi kak nie,spnser atas sampai bawah lg best!...anyway TQVM)

aku n haris pun,bukan main (sebenonya,aku yg over excited).aku dah blikan swimming trunk ilman,kaler merah,kaler peberet dia...dah balik tu,asal mandi kat bilik air,baju tu yg ditunjuknya..nak pakai..konon2 ala2 berada di tepian pantai.
habih lenjun,licin lantai depan bilik air aku...

untuk aku sendirik,aku dah beli sunglases.mengancam u..korang tgkla nanti..baju blouse hijau yg dipadan dgn tudung ekin (kali ni aku tak beli kat ariani,aku beli yg cikai n murah), semata2 nak bergaya di hari kejadian...

semua persiapan dah settle,aku beli hadiah utk 27pc..taktaula ada tak rezki aku utk dapat adih2 tu..rase2 cam tak dapat aper..sibuk menguruskan xtvt & tentatif rasanya.

ooooh, satu lagi.sesapa yg tak gi hari keluarga KPKKW ahad lepas kna bagi sorat tunjuk sebab..huhuuu..aku tak sehat..seseme teruk..so aku tak gi..adakah reason aku
munasabah dan munasarawak utk lepaskan diri....

sampai jumpa lg.maybe aku update lepas cuti ya?

19 Disember, 2008

Happy Weekend To Everyone...



Kenapa aku suka weekend minggu nih?
1) Aku takyah duty kaunter 2 x bulan ni. Ada staff aku volunteer nak amik duty aku.(Mekasih Watie..)

2) Aku nk rilexkan kepala hotak dan bersantai dgn kegemaran aku (window shopping)

3) Aku nk g Tesco untuk beli barang Hari keluarga aku on 28 Dis ni ,p Car Boot Sale (SA)carik swimming trunk utk Ilman (ada ker?)

4) Berjaya 'tolong' juai baju jiran aku dengan untung RM102.huhuuu..bleh makan besaq tu!

5) Aku bleh g ngabehkan duit bonus aku...

sukanya hati...Gumbira tak terkata...

14 Disember, 2008

kena tag?

Assalamualaikum..
Ummu Rosma ni...tak serik2 tag aku..huhuhu...
aku ni lak..Ya Allah,meraban teben bila terima tag dr kengkawan.
oklah..aku bayo utang eh...
"The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tagged 7 people."


1. The age of my next birthday

2. A place I'd like to travel to



3. A favourite place


4. A favourite thing




5. A favourite food



6. A favourite colour



7. The city I live in.


The city I was born in


9. A nickname I had


10. College Major



11. Name of first (and only) lover..


12. A bad habit


13. A hobby


14. Current wish list






Now..I would love to share the fun of this tag with :-
ANN
K.IDA JAKE
K. AWIEN
PIA

huhuuhu...gambo aku lagik..

Sepatutnya semalam aku dan haris register sbg student master FLP di UiTM.
Tp,kami dah ambik keputusan untuk tak smbung 1st degree kami untuk thn ni dan akan cuba dilain masa.sedih gak tp..takpa...maybe ada hikmahnya tu..

anyway,tatap la gambo aku yg takde kena mengena dgn perenggan awalan tadi..syok2 amik gambar mase tgk teater sinbad & tumpang amik gmbo jubah sepupu aku konvo di UiTM gak last 2 week...






05 Disember, 2008

Idul Adha

Salam kemaafan penuh kesyukuran dari kami:

Haris,Hasliza & Zidni Ilman.

kami balik beraya di Teluk Intan malam ni.sesapa yg area situ,rojer2 lah...teman sentesa ader di ghomah.

Berhati2 memandu,ingatlah org yg tersayang..
jgn di hari raya korban, awok pule yg terkorban...

04 Disember, 2008

Bengang giles!!!


TEATER MUZIKAL KANAK-KANAK SINBAD

Teater ni bukan main point yang aku nak sampaikan.Cuma aku nak luahkan 'ketidakpuasan' hati aku pasai cara agihan 1000 tiket percuma yang IB bagi pada staff PNM(opis aku)untuk sama2 menikmati & menyokong industri seni negara...
cerita bermula gini,semalam,aku pepagi dah call 'budak' yg incharge pasai tiket sebab aku nak 4 tiket utk tgk teater ni.hajat hati nak bawak Haris, Ilman n anak buah aku dr kg.all this while pun,aku mmg suka tgk teater muzikal so taknaklah ketinggalan kan?

Budak yg pick up call tu nama Yana,bghb korporat PNM so aku booking tarikh yg aku nak pada 12hb Dis. jam 8.30 malam.Hari sabtu cam rilex sikit kan..santai2 gitu..umah aku kat B. Br Sentul je,taklah berkejor2 nak dtg...si yana tu kata ok..siap bgtau lagi,nasib baik Cik Liza call awai sebab tiket terhad dan dah tak byk. Kalu dah ada nanti dia agihkan.oklah kan..

Kebetulan lak,aku miting ISO dekat dgn opis budak tu.aku jenguk jap untuk tanya,yana takder lak..yg ada si fiza penolong peg situ..dia bgtau tiket blom organize.aku sabo..aku bz sampai kui 4.30,balik opis tgk staff2 aku tgh bg2 tiket.aku tanya,mana tiket aku?typist aku kata,mana ada nama Cik Liza.

Fuh...ini boleh mendatangkan marah.
Aku tak puas hati!!!
Aku mula nak jadik hulk hogan...

aku mintak member aku check aku nya nama.konpem takdak.aku mengamuk..last2 bos dia kol aku.mintak bersabar dan kalu nak marah,marahlah,dia kata yana pening sebab tiket byk sgt.nasib bos dia baik..K. Timmy,thanks for ur concern.aku nak marah pun tak jadik sebab kak timmy ni mmg baik (aku bukan ampu eh?)

aku tak kesah sgt kalu jam tu juga yana kata tiket dah abis.aku faham.dia ckp ngan aku dengan memberi harapan dan amik nama dan bhgn dah umpama mmg konpem.at last,nama pun tadak...

balik,aku smbg kebengangan aku pada haris n ilman.janji nak gi mkn kat restoren Haslam pun,cam xde mood je.aku dah nekad,aku akan kol yana dan akan menyumpah seranah dia atas kecuaian dia.

pagi ni dia EL plak.takut ker?ada gak org tak puas hati semalam.selain tu,pgrh pun ada bising pada yana tu.budak baru,u hormatla kita org nih..

baru jap2,k. timmy kol suh amik tiket.tp pada 11hb..layan jelah dr takde.aku akan tegur (a.k.a marah) sbb yana,salah dia dan perbuatan dia..tunggu jelah...

sekian cerita marah aku!!!
mekasey.



SINOPSIS
SINBAD, seorang pelayar yang amat terkenal dengan kebijaksanaan dan keberanian. Beliau mempunyai hubungan persahabatan yang sangat akrab dengan anak Raja, iaitu Putera Zariq, namun mencemburui baginda kerana memiliki kemewahan serta kemampuan memperolehi apa sahaja dalam sekelip mata.

Dewi Bencana dari Maya Bencana sangat gemar mempermainkan manusia di dunia. Suatu hari dia bercadang mahu mempermainkan Sinbad. Baginya Sinbad adalah musuh utama kerana setiap kali belayar, Sinbad dapat mengharungi dan menewaskan segala bencana yang dialaminya ketika di lautan.

Dewi Bencana telah menyamar sebagai Sinbad dan mencuri Kitab Damai kepunyaan Raja Mikraj. Sinbad telah ditangkap dan dituduh mencuri Kitab tersebut dengan bersaksikan pengawal istana. Sinbad menerangkan Dewi Bencana yang punya angkara, malangnya tidak dipercayai oleh Raja Mikraj, iaitu ayahanda Putera Zariq. Sinbad dijatuhkan hukuman.

Atas rasa persahabatan yang sangat kuat, Putera Zariq mempercayai kata-kata Sinbad. Dia dibebaskan dengan syarat harus belayar ke Maya Bencana untuk mendapatkan kembali Kitab Damai tersebut sebagai membuktikan kebenaran kata-katanya. Sebagai ganti, Putera Zariq sedia menjalani hukuman untuk sementara dengan jaminan sekiranya Sinbad tidak berjaya, baginda sedia dihukum.

Puteri Nursaibah, sahabat Putera Zariq tidak mempercayai kejujuran Sinbad, lalu mengekorinya dalam pelayaran. Sepanjang pelayaran itu berbagai cabaran dilalui dan segalanya dapat ditempuhi dengan semangat kerjasama dan saling mempercayai walau pun sebenarnya Sinbad telah ditawarkan upah berganda oleh Puteri Nursaibah.

26 November, 2008

Pictures worth a thousand words...

19 November, 2008

ILMAN'S FAMILY


Ilman's Family




10 November, 2008

Akhirnya....





tahniah untuk diri sendiri dan husband terchenta...

06 November, 2008

Apa pendapat korang?

assalamulaikum dan salam perpaduan semua...

lama tak menjenguk dan memainkan keyboard kat cni.semalam br balik intebiu dgn Haris di UiTM puncak perdana..dgn semangat yg berkobar2,balik tu,aku dalam dilema (baca dgn gaya lagu KRU...)

soklan maut pertama:
why u choose this FLP prog? MS in info mgmt plak tu?

soklan maut kedua:
kenapa tak mintak sponsorship dr JPA?

soklan maut ketiga:
result degree u cemerlang,keje pun bidang lib for 5 years dah..knapa amik Master bidang lain & lari sket (general) dr bidang librarianship?

soklan maut keempat:
how about ur financial?to futher ur studies, it may cost u about 10000k +++..u go for ur own plak tu...

tambahla aku pening kepala.apa pendapat korang?patutkan aku g dapatkan sponsorship atau teruskan niat suci murni aku tu?tolong aku....kalu ok,class will start on 13-15hb Dis ni?
tolong..tolong..tolong.....

24 Oktober, 2008

HAPPY DEEPAVALI

To all malaysian, especially those who celebrating deepavali "HAPPY DEEPAVALI TO ALL"...hehhee..aku mmg suka kalu ada cuti panjang cenggini..korang lak?

aku akan mula bercuti hari ini hingga 2hb Okt. 2008 kerana ada 3 kenduri kawen sepupu yg akan aku hadiri.penuh schedule beb.
hari bekerja,aku akan temankan abah ke hospital ipoh utk scan/xray pinggang utk masukkan besi...aku pun taktaulah..mak tak bagi,tp tgk gaya,abah cam nak boh je besi tu.it will cost about RM4000++ dan harapnya,kalu ok..abah blehla jalan semula cam org muda..hehheheehe...mudah2 an..ameenn...

ilman tak ke sekolah sepanjang seminggu depan.mesti liat macam lepat liat mase nak anto dia 3hb tu nanti.nangisla..muntahla..nak cium mamalah..byk je helah dia.

minggu dpn lepas bercuti (aku sorang je cuti,haris still keje), aku n haris akan g intebiu masters kat UiTM.aku takto lah,leh jawab ke dak tp aku dah prepare la sket2
soklan basic if they ask us pasai continuing studies in FLP module.harap2 berjaya ya...maklumla,'nak berbendang lebih luas'...


Note: sape tak pose syawal lagi?...sila rebut peluang yg masih ada.


till then wassalam.

16 Oktober, 2008

Sunat syawal?

PUASA enam hari pada bulan Syawal adalah kesinambungan kepada ibadat puasa sebulan yang diwajibkan pada Ramadan.

Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh yang terdahulu.


Nabi s.a.w ada menjelaskan ganjaran kepada mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya, antaranya hadis diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.”

Menerusi hadis lain yang dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan dan diiringi dengan puasa enam hari pada Syawal, nescaya hilang segala dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”

Penegasan baginda itu menunjukkan puasa enam hari bulan Syawal amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib, kerana ganjarannya sangat besar.

Nabi s.a.w sendiri menggalakkan umatnya rajin beribadat, dengan ibadat fardu disusuli dengan amalan sunat. Baginda ada menerangkan Allah S.W.T amat suka kepada hamba-Nya yang rajin beribadat, seperti pada hadis berikut:

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah berfirman yang maksudnya: “Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hamba-Ku sentiasa bertaqarrub dirinya kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan jika ia meminta kepada-Ku nescaya Aku berikan kepadanya, dan jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku lindungi.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Jika berpuasa pada Ramadan terpaksa menahan lapar dan dahaga, berpuasa enam hari pada Syawal tidak kurang juga menuntut ketabahan, malah apabila diperhatikan bahangnya lebih terasa kerana ketika berpuasa orang lain ‘berbuka.’

Tetapi sedar atau tidak, ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.

Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik-baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.

Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam Syawal dan boleh dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.

Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.

Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.

Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.

Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: ‘Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qada.

Imam As-Syafi’i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab ‘setiap amalan dengan niatnya’ bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.

Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapat sebahagian ulama.’

Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal.

Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.

Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh ‘Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti.

Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.

“Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih),” katanya.

Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10bulan berikutnya sebelum tibanya Ramadan akan datang.

Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah ‘membayar’ terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.

Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.

diceduk dari: Harian Metro 16/10/2008

15 Oktober, 2008

Handbag percuma?

ya? tak? ya..tak...
ish..tak cayerla!!!

aku pun tak tahu.aku dpt invitation dr schoolmate lama aku di Taayah tentang page ni yg memberikan handbag percuma kepada pengunjung setiap jam (bio beno weh????)..

aku bagi linknya,korang surf la utk tahu lebih lanjut yer?klik ajer:
http://www.handbagplanet.com/

aku cakap lebih2 pung,aku tak tahu lagi resultnya..hehehehehe...
untung sabut,timbul.untung batu,tenggelam..
ke guano???

10 Oktober, 2008

indahnya beraya...







Rendang,kuih muih,lodeh dan ketupat hidangan biasa..
yang tak biasanya..sehari sblm beraya,Haris demam teruk...siap mc lagi..
Allah, badannya lembik,kaki tgn seolah 'cram'..susah hati mak dan abah.muntah,panas bdn,makan pun tak selera..
anak dia, rilex jer..babah ilman demam...

mujurlah pada hari raya,haris dah dapat sedikit kekuatan.berziarahla mana yg larat...
raya tak segah mana..sebab tokeh sakit...huhuhuhhuu!!!!

24 September, 2008

Kad raya tanpa setem...


Myspace Picture Generator

18 September, 2008

Ilman

Menyebut nama sendiri dalam doa penerang hati...

"Rabbi, Zidni Ilman war zuqni fahman..."
video

10 September, 2008

Menahan nafsu..


Salam pertemuan untuk semua...Sedar tak sedar,sudah 10 hari kita menjalaninya.Alhamdulillah..Mudah2-an kita berjaya menamatkan dengan jayanya.
Raya masih jauh.Mood raya memang dah berbahang..Staff2 aku skng duk sebok menjual bermacam2 kuih..kerepek dan segala maknika makanan untuk hidangan raya nanti...

aku cuba menahan nafsu agar tidak 'terpedaya' dan 'tergoda' dengan berbelanja secara berlebihan.Baju raya Ilman juga tak semewah seperti thn2 lepas..Baju sedondon dengan babahnya dah siap.T-shirt kali ni xder.Pakaila yg ada dlm lemari tu ya..Codroy (betui ka eja ni)dah bli sebelum raya..Mase sale kat SOGO itu hari ingat adalah hati nak belikan Ilman,tp syg..tokleh nak jejal masuk.Packed sesangat..Baju Haris sepasang t-shirt dan sehelai bj kerja.cukupla ya Bang...aku lak..baju kurung 2 pasang dan jubah manik 1...ntah sempat ke tak raya ntah..aku ni,rase tak sabo nak pakai baju g melaram kat opis..hehehhee...

Kuih raya ku ntah berapa dah ku order..mana yg nak mkn sendiri (rumah kami), umah mak and my MIL..kenala beli serba sikit..takkan nk jinjing tgn kosong je balik umah..tak masuk bab duit raya...pasti bonus yg kami suami isteri dapat 'lesap' sekelip mata..barangnya tak nampak pong...

Time ke pasar ramadhan,Haris selalu mengingatkan aku agar berbelanja tak lebih RM10.cam rancangan TV lak..bli brg kat supermarket..tak lebih sekian..sekian..Pandai2la bajet utk dapatkan yg terbaik.

Sama jugak dgn bil letrik..skang kami dlm usaha pengurangan/penjimatan.Bln 8,bil kami RM20.95.. Kerja keras bg mengurangkan RM0.95 supaya bulih menikmati rebat yg kjaan bagi dlm Bajet 2009 nanti.Doakan ya..

all in all...bersedekah umpama pohon yg berbuah kan...Itulah manisnya bila dikenang...

04 September, 2008

Ulangtahun kelahiran babah



Swinging Heart Tag

02 September, 2008

Pantai Indah Seaview Resort






hehehee..selamat merdeka dan menyambut ramadhan yer,kawan2...
kami sekeluarga telah menyertai Wak Jua ke family day, Resource Center MITI pada 30 & 31 Ogos yang lalu.Best and having fun terutama bab main air..
Pantai Indah?Em..tak pernah dengar tempat tu.Perjalanan kami yg seringkali tersesat wp telah bertanya dgn penduduk tempatan,tak berhasil.Ini daerah Kuala Selangor,mungkin pekannya Jeram/Sg. Buloh aku tak pasti.
korang nikmati je gambo anak aku yg walopun menggigil,tetap juga tak nak naik ke darat.hish..mmg lupa daratan btoi,Ilman nih..